Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Wednesday, March 29, 2017

Kelas BM Dewasa

29 Mac 2017
MD CLG bergambar kenangan dengan rakan-rakan di gerai mi kari Slim Village sebaik usai Kelas BM Dewasa pada 28 Mac 2017 atas daya usaha JKKK Kampong Baru, Slim Village. BAHASA JIWA BANGSA.

IQ NILAM di MES Tg. Malim

29 Mac 2017
Usai sudah, sesi "Bual Bicara Penulis Munsyi" oleh MD CLG bersempena dengan Majlis Pelancaran NILAM 2017, di Atrium Goodwill MES, SMK Methodist, Tanjong Malim pada 29 Mac 2017.
Terima kasih, YBrs. Encik Ganesan Suppiah, Pengetua, SMK Methodist, Tg. Malim dan UJANA BUKU DBP. Salam NILAM. Bahasa Jiwa Bangsa.

Friday, March 24, 2017

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM, KPM PUTRAJAYA

MD CLG bergambar kenangan dengan rakan-rakan bersempena dengan Mesyuarat Pemantapan Ilustrasi Buku Daftar Kosa Kata Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) di Bilik Mesyuarat Merak, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Aras 7, Blok E9, Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya pada 21 - 23 Mac 2017.

Sunday, March 19, 2017

DEWAN BUDAYA APRIL 2017

19 MAC 2017
IQRA - BACALAH DALAM BAHASAMU:
"QING MING" dalam DEWAN BUDAYA APRIL 2017

Friday, March 17, 2017

KUALA KUBU BHARU dalam "MENATA ZAMAN" ANTOLOGI SAJAK HARI SASTERA 2017

KUALA KUBU BHARU
(dedikasi buat Rehman Rashid, penulis buku, "SMALL TOWN" yang telah dilancarkan pada 23 Oktober 2016 di Galeri Sejarah KKB)

sebuah pekan kehidupan
indah tenteram
syurga alam
santun muhibah warganya
hormat-menghormati
tanpa api sengketa
kitalah, sebuah keluarga luas
warisan leluhur
suri teladan
anak-anak generasi

KKB
kaya akan sejarah
luka lara tragedi silam
adalah memori
dalam percaturan
kehidupan vs kematian
di sinilah, hadirnya
roh tanah air tercinta
suara alam
alir sungai, bisik cengkerik
nyanyian beburung, larian ikan-ikan
aneka flora fauna
anugerah Tuhan
terpelihara kukuh
bersama sejarah silam
neraca pengalaman
dengarlah suara insan
tanpa waswas tanpa culas
impian anak-anak watan
usah kauranapkan
atas nama pembangunan
lindungilah, puliharalah
alam, cinta insan
perpaduan, kasih sayang kemanusiaan
di buana kehidupan
zaman-berzaman
di sinilah, sejujurnya
nama sebuah pekan
memberikan kehidupan
kepada setiap insan
KKB
Gunung Buaya Putih
impetus ilham
anak-anak Titiwangsa
kali, empangan dan Fraser's Hill
aneka resipi makanan
gerai, kedai
pasar malam
terlukis kemesraan
warna-warni keharmonian
di bumi-Mu, Tuhan
sesekali pandanglah ke belakang
demi masa depan
hadirmu, sejarah
bukan untuk dilupakan
dirgahayu, KKB
bersih ceria
nyaman sejahtera
aman bahagia
tanpa belenggu hiruk-pikuk kota
cemar luka sandiwara manusia
di sinilah, seikhlasnya
sebuah pekan kecil
warga anak-anak bangsa
di sarwajagat kemanusiaan
di sarwajagat kehidupan!

Chai Loon Guan,
Galeri Sejarah KKB.

Thursday, March 16, 2017

JENDELA UTARA

Makalah MD CLG, "Pintu dalam Peribahasa Melayu" dalam Jendela Utara, 
DBP Wilayah Utara keluaran Disember 2016.

Sunday, March 12, 2017

OH, BAHASAKU

ATAS vs DI ATAS
SINAR HARIAN - 09 MAC 2017

OH, BAHASAKU

FIESTA vs PESTA
SINAR HARIAN - 12 JANUARI 2017

INSAN BIASA

KECEMERLANGAN dicipta oleh INSAN BIASA daripada KELUARGA BIASA, belajar di SEKOLAH BIASA, dibimbing oleh GURU BIASA, dan memiliki KECERDASAN BIASA tetapi perlu berusaha secara LUAR BIASA.

KONSERT PUISI IPOH 2017


Saturday, March 11, 2017

BENGKEL PEMANTAPAN NILAM 2017

Guru Perpustakaan dan Media, Daerah Hilir Perak dan Daerah Bagan Datuk bergambar kenangan dengan Encik Chai Loon Guan, Munsyi Dewan (Bahasa) sebaik usai Bengkel Pemantapan@Pembugaran NILAM 2017 dengan kerjasama UJANA BUKU DBP pada 9 Mac 2017 di PKG, PPD Hilir Perak.
(Sumber: Pn. Fairuziah Ghazali)

Sajak - WANITA DALAM SAJAK

WANITA DALAM SAJAK
(...bersempena dengan Hari Wanita Sedunia, 8 Mac 2017)

titis-titis keringatmu
tidak ternilai harganya
setia bersama
nakhoda keluarga
kaulayari bahtera kehidupan
di lautan cabaran
di lautan godaan
di lautan dugaan
siapa lagi, kalau bukan
kau, primadona
dewasa dara
menjadi wanita berjasa
gigih dalam iltizam
menewaskan kegagalan
tabah dalam usaha
membina harapan
menelusuri impian

siapa lagi, kalau bukan
kau, srikandi sakti
dalam santun
kaususun ketertiban
dalam tekun
kauwarnakan sketsa kehidupan
penuh harapan
penuh wawasan
dalam aksara bahasa
kaugubah puisi takwa
penuh kasih
penuh bahagia
membesar dewasa
anak-anak tercinta

siapa lagi, kalau bukan
kau, primadonaku
kau, srikandiku
kau, ratuku
kau, ibuku
kau, guruku

kau, sahabatku
kau, kekasihku
kau, suriku
di rumah bahagia
di buana manusia!

Chai Loon Guan,
FrogVLE, MES Tg.Malim.
(Sumber Foto: Tn. Mahat Akiya)

Monday, March 6, 2017

BENGKEL PEMBESTARIAN TOKOH NILAM KEBANGSAAN 2017

Bengkel Pembestarian Tokoh Nilam Kebangsaan (Fasa I) pada 1 - 3 Mac 2017
 di BTPN Perak Darul Ridzuan.


JERAYAWARA PENAMBAHBAIKAN NILAM PPD BATANG PADANG

06 Mac 2017
JERAYAWARA PENAMBAHBAIKAN NILAM PPD BATANG PADANG di Dewan Excellent, PPD Daerah Batang Padang. Salam NILAM.