Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Tuesday, January 24, 2017

Sajak - AKSARA INSAN dalam DWIBAHASA



Sajak -
AKSARA INSAN

diukir aksara insan
penuh kasih
penuh cinta
tertib bicara bahasa
daripada kata fikir
frasa sahsiah yang berbudaya
digaul falsafah insaniah
sebelum diadun penuh santun
nilai rohaniah
terciptalah klausa indah
menggugah minda warga cendekia
dalam sintaksis makna
terserlahlah roh keinsanan
terserlahlah wibawa keintelektualan
untuk ditafsir
penuh insaf taqwa
tanpa belenggu curiga
tanpa syak-wasangka

zat ilmu
yang tersurat yang tersirat
perlu kita telaahi
perlu kita nikmati
perlu kita hayati
dalam tertib
dalam insaf
baris demi baris
perenggan demi perenggan
dalam simpang-siur
wacana kehidupan insan
yang sering berteka-teki
di sarwajagat kehidupan!

Chai Loon Guan,
Sarang Art Hub, Tg. Malim.
(Pelita Bahasa, Ogos 2016)

POEM -
THE ALPHABET OF MAN

The Alphabet of Man is carved
immortalised in true love
enraptured in passion
orderly in the nuances of language
borne from mind prose
the phrases of cultured persona
blended in the philosophies of human dignity
mixed with poetic incantations
value of the soul
Voila! A beautiful clause is birthed
challenging the minds of intellects
in the syntax of meanings
the human spirit ignites
the power of the intellects unleashes
ready for comments
evoking godliness
freed from the shackles of distrust
freed from the venom of suspicion

nutrients of knowledge
enriched with the expilicit and implicit
we digest its extracts
we savour its essence
we find inspiration in its worth
in orderly fashion
in full awareness
line by line
stanza by stanza
amidst the divergent forks
in the discourse of human life
saddled with riddles
in the Universe of Life!

Terjemahan oleh:
Cik Liew Swee Fong,
SMJK Ave Maria Convent, Ipoh.


Sunday, January 22, 2017

MAKALAH TBC dalam DEWAN BUDAYA JANUARI 2017




Secawan Teh, Sepiring Popia

22 JANUARI 2017, Ahad:
SECAWAN TEH, SEPIRING POPIA bersama dengan YBrs. Cik Swee Fong Liew, dan alumni MES Tg. Malim, Cik Farah Nadira Abd Ghani dan Cik Ng Mun Yee di EASY CAFE Tg. Malim.

Tuesday, January 10, 2017

OLEH-OLEH KENANGAN


11 Januari 2017, Rabu:
OLEH-OLEH KENANGAN SEBAGAI AJK PENINGKATAN MUTU
Terima kasih, DBP, BBT dan KPM.
Bahasa Jiwa Bangsa.

Sunday, January 8, 2017

JAMUAN AKHIR TAHUN 2016

Jamuan Akhir Tahun 2016 - Persatuan Pengajian Cina, SMK Methodist, Tg. Malim

Thursday, January 5, 2017

TAHNIAH CIKGU CWS!

05 JANUARI 2017, Khamis:
Hampir genap dua purnama dalam penantian, akhirnya gambar kenangan yang bersejarah selamat diterima. Terima kasih, Syarikat Pos Malaysia. Tahniah anakanda, Cikgu Chai Wuang Shen!

TAHNIAH CIKGU CWS!

05 JANUARI 2017, Khamis:
Hampir genap dua purnama dalam penantian, akhirnya gambar kenangan yang bersejarah selamat diterima. Terima kasih, Syarikat Pos Malaysia. Tahniah anakanda, Cikgu Chai Wuang Shen!

SEPETANG BERSAMA DENGAN YB ADUN KKB

03 Januari 2017
Minum petang CLG bersama dengan YB Lee Kee Hiong, ADUN Kuala Kubu Bharu di Restoran Easy Cafe Tanjong Malim sambil berceritera tentang seni, bahasa dan susastera Melayu tanah air. Terima kasih, YB! Bahasa Jiwa Bangsa.

Tuesday, January 3, 2017

YB ADUN KKB

03 Januari 2017, Selasa:
CLG bergambar dengan YB Lee Kee Hiong, ADUN KKB dan Tn. MD Ridzuan Idris bersertakan oleh-oleh kenangan, takwim 2017 dan antologi susastera BM di Easy Cafe Tg. Malim

Monday, January 2, 2017

Sajak - AYAM


AYAM
(...bersempena dengan Tahun Baharu Cina 2017)

sering dicatat
dalam kias ibarat
pelik tetapi berkeyakinan
agresif
ironinya konservatif
di buana kolot
tajam pengamatan
strategis
romantis egois
tertib teratur
tepat cepat dalam keputusan

katamu, ayam
perlu kita waspada
tanpa sandiwara dalam bicara
demi maslahat
tanpa muslihat
dendam kesumat
tajam akal, kita
riang kecindan
biarpun diikat maruah
dalam norma kehidupan

dikau, simbol Di Zhi
dua belas zodiak
takwim tahun baharu Tionghoa
kayu, api, bumi, logam, air
dalam keseimbangan yin dan yang
jati diri dalam publisiti
tanpa kauhirau
siasah perasaan
di rumah kehidupan
insan

gong xi fa cai!
Chai Loon Guan,
Daerah Muallim.