Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Thursday, June 15, 2017

BELASUNGKAWA KARL-HEINZ WEIGANG



Belasungkawa
Karl-Heinz Weigang

lahirmu, Karl
24 Ogos 1935
persis bintang berkerdipan
di cakerawala bola
dunia profesionalmu
cemerlang terbilang
di Mali, Vietnam, Sri Lanka
Gabon, Ghana, Malaysia
Asia – Afrika
dedikasimu, sebagai jurulatih
terampilmu, sebagai strategis
disiplinmu, sebagai ketua
melayakkan Harimau Malaya
di Sukan Olimpik Moscow, 1980
mengiringi impian Perak FA
menjulang Piala Malaysia
1998, 2000

sesungguhnya, Karl
iltizammu, suri teladan
anak-anak warisan
hadirmu, menggegarkan stadium
baris-baris nasihatmu
memotivasikan kawan
menggerunkan lawan
kemenangan demi kemenangan
berkat kesungguhan, ketegasan
di padang kehidupan
kau, genius yang nakal
di buana bola sepak
anugerah antarabangsa
FIFA Order of Merit
CAF Order of Merit
melayakkan dirimu
Karl-Heinz Weigang
sebagai legenda dunia
pakar psikologi
pengarah teknikal
pakar strategi
pengarah taktikal
di padang bola
yang berona

belasungkawa
12 Jun 2017
selamat berangkat
Karl-Heinz Weigang
jasa baktimu dikenang
di buana bola kehidupan
di buana kehidupan insan!

Chai Loon Guan,
Daerah Muallim.

No comments: