Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Friday, April 14, 2017

AYAT MAJMUK - AM GABUNGAN


AYAT MAJMUK
Ayat Majmuk ialah ayat yang terdiri daripada beberapa ayat tunggal.

Ayat Majmuk terbahagi kepada Ayat Majmuk Gabungan, Ayat Majmuk Pancangan dan Ayat Majmuk Campuran.

AYAT MAJMUK GABUNGAN
Ayat Majmuk Gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, tetapi, atau, dan sebagainya.

AM Gabungan:
1a.    Murid itu bernyanyi sambil menari.
Ayat I:
1b.    Murid itu bernyanyi.
Ayat II:
1c.    Murid itu menari.
KH Gabungan: sambil

AM Gabungan:
2a.    Samy ke kedai kemudian ke sekolah.
Ayat I:
2b.    Samy ke kedai.
Ayat II:
2c.    Samy ke sekolah.
KH Gabungan: kemudian

Latihan:

1.   Wuang Shen serta keluarganya akan ke Putrajaya .
2.   Pulau peranginan itu sangat cantik tetapi tidak dijaga.
3.   Kakaknya sangat rajin manakala adiknya sangat malas.
4.   Mutu masuk ke dalam dewan itu lalu duduk di barisan hadapan.
5.   Ajit Singh dan Aida pergi ke sekolah.

(Sumber: Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah Buku 3 – Sintaksis, DBP, 2013: Halaman 79)

No comments: