Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Friday, April 14, 2017

AMP KOMPLEMEN



AYAT MAJMUK PANCANGAN KOMPLEMEN
Ayat Majmuk Pancangan Komplemen ialah ayat majmuk yang mempunyai bahagian komplemen yang menggunakan kata hubung bahawa dan untuk. Bahagian komplemen berfungsi sebagai unsur yang melengkapkan ayat tersebut.

AMP Komplemen:
1a.    Mahat menyatakan bahawa dia akan pulang esok.
Ayat Induk:
1b.    Mahat menyatakan (sesuatu)
        (sesuatu) = Dia akan pulang esok.
Ayat Komplemen:
1c.    Dia akan pulang esok.
KH Kompleman: bahawa

AMP Komplemen:
2a.    Untuk mereka menjawab soalan itu sangat sukar.
Ayat Induk:
2b.    (Sesuatu) itu sangat sukar.
        (Sesuatu) = Mereka menjawab soalan itu.
Ayat Komplemen:
2c.    Mereka menjawab soalan itu.
KH Komplemen: untuk

Latihan:

1.   Untuk kami mengatasi masalah itu tidak sukar.
2.   Kami mengetahui bahawa pasukan mereka kuat.
3.   Untuk mereka menangani masalah itu adalah rumit.
4.   Beliau menegaskan bahawa hal itu tidak benar.
5.   Mereka menyedari bahawa pasukan lawan sangat hebat.


(Sumber: Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah Buku 3 – Sintaksis, DBP, 2013: Halaman 82 - 83)       

No comments: