Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Friday, April 14, 2017

AM CAMPURAN



AYAT MAJMUK CAMPURAN
Ayat Majmuk Campuran ialah ayat yang mempunyai lebih daripada satu jenis ayat yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan beberapa ayat majmuk.

AM Campuran I:
1a.    Azrul dan Ah Seng membaca karangan yang ditulis oleh Mutu.
Ayat Majmuk Gabungan:
1b.    Azrul dan Ah Seng membaca karangan.
Ayat I:
1c.    Azrul membaca karangan.
Ayat II:
1d.    Ah Seng membaca karangan.
KH Gabungan: dan

AMP Relatif:
2a.    Azrul dan Ah Seng membaca karangan yang ditulis oleh Mutu.
Ayat Induk:
2b.    Azrul dan Ah Seng membaca karangan.
Ayat Kecil:
2c.    Karangan itu ditulis oleh Mutu.
KH Relatif: yang

AM Campuran II:
1a.    Susan sangat pandai kerana sering membaca dan sentiasa mengulang kaji pelajaran.
AMP Keterangan:
1b.    Susan sangat pandai kerana sering membaca.
Ayat Induk:
1c.    Susan sangat pandai.
Ayat Keterangan:
1d.    (Susan) sering membaca.
KH Keterangan: kerana

AM Gabungan:
2a.    Susan sangat pandai kerana sering membaca dan mengulang kaji pelajaran.
Ayat I:
2b.    Susan sangat pandai kerana sering membaca.
Ayat II:
2c.    Susan sangat pandai kerana sering mengulang kaji pelajaran.
KH Gabungan: dan

Latihan:
       
1.   Setelah hujan berhenti, kami segera ke sekolah kerana kelewatan.
2.   Encik Kasim ialah guru Sains dan Sejarah yang berpengalaman luas.
3.   Watson Ngembek ialah pelari pecut yang memenangi pertandingan dan memecahkan rekod kejohanan itu.
4.   Wuang Xing dan Busu menyatakan bahawa buku latihan mereka telah hilang petang semalam.
5.   Murali dan Swee Fong sangat bijak kerana mereka lulus dengan cemerlangnya.

(Sumber: Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah Buku 3 – Sintaksis, DBP, 2013: Halaman 85 - 89)


No comments: