Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Friday, April 28, 2017

PBAKL 2017

PBAKL di PWTC, KUALA LUMPUR pada 28 APRIL - 7 MEI 2017.

ANUGERAH TOKOH NILAM KEBANGSAAN 2017


28 April 2017:
ANUGERAH TOKOH NILAM KEBANGSAAN 2017 - TEMPAT KETIGA KATEGORI BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH:
Tahniah, Tokoh NILAM Perak Darul Ridzuan!

Wednesday, April 26, 2017

PERAK YANG BERSIH 2017


26 April 2017:
MD CLG, MMS bersama dengan pegawai kejuruteraan MDTM, YBrs. Pn. Lim Poh Chen, Ketua Wanita, MCA Bahagian Tg. Malim dan Tn. Yee Jee Kwong (mantan Ahli Majlis MDTM) melakukan aktiviti turun padang meninjau masalah perparitan, kebersihan dan keceriaan di sekitar Taman Intan Setia dan Taman Indah Ketoyong Fasa II, Tanjong Malim pada 26 April 2017.
KEBERSIHAN ASAS KESIHATAN

Sunday, April 23, 2017

BUAL BICARA TATABAHASA BM II dan PENULISAN SAJAK

22 April 2017:
MD CLG bergambar kenangan dengan YBrs. Tuan Ahmad Maswan bin Ahmad Fuaad, Ketua Unit Pengurusan Akademik, PPD Kinta Selatan, Tn. Wong Foy Kong, Pengerusi, Program Bual Bicara Tatabahasa BM II, guru-guru besar, dan guru-guru darpada 22 buah SJKC Kinta Selatan setelah usai Bual Bicara Tatabahasa Bahasa Melayu II dan Penulisan Sajak di Bilik Gerakan, SJKC New Kopisan, Gopeng, Perak Darul Ridzuan.
Terima kasih, Ujana Buku DBP kerana hadir menyebarkan ilmu dan menyantuni masyarakat.
BAHASA JIWA BANGSA.

Monday, April 17, 2017

KARNIVAL BM SJKC/SJKT NEGERI PERAK 2016

NOSTALGIA:
Majlis Perasmian Karnival Bahasa Melayu SJKC dan SJKT Negeri Perak Darul Ridzuan 2016 telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Mah Siew Keong, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia pada 23 Julai 2016 di Hotel Grand Court, Teluk Intan. 

BAHASA JIWA BANGSA.

Sunday, April 16, 2017

KONSERT SMJK AMC IPOH 2017

16 April 2017:
MD CLG bergambar kenangan dengan YBrs. Cik Swee Fong Liew (Pengetua, SMJK AMC, Ipoh), YBrs, Tn. Ganesan Suppiah (Pengetua, SMK Methodist, Tg. Malim), YBrs. Pn. Devi Maniam (Pemangku Pengetua, SMJK Katholik, Tg. Malim) dan sahabat bersempena dengan Konsert SMJK Ave Maria Convent pada 15 April 2017 di Dewan Dato' Chin Pek Soo. Syabas dan tahniah, SMJK AMC Ipoh!
"A New Chapter - GO THE DISTANCE".

Friday, April 14, 2017

WANITA MCA BAHAGIAN TG.MALIM

MD CLG bergambar kenangan dengan barisan kepemimpinan Wanita MCA Bahagian Tanjong Malim pada 13 April 2017 di Kafeteria Muallim, Tanjong Malim, Daerah Muallim. Bahasa Jiwa Bangsa.



AM CAMPURAN



AYAT MAJMUK CAMPURAN
Ayat Majmuk Campuran ialah ayat yang mempunyai lebih daripada satu jenis ayat yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan beberapa ayat majmuk.

AM Campuran I:
1a.    Azrul dan Ah Seng membaca karangan yang ditulis oleh Mutu.
Ayat Majmuk Gabungan:
1b.    Azrul dan Ah Seng membaca karangan.
Ayat I:
1c.    Azrul membaca karangan.
Ayat II:
1d.    Ah Seng membaca karangan.
KH Gabungan: dan

AMP Relatif:
2a.    Azrul dan Ah Seng membaca karangan yang ditulis oleh Mutu.
Ayat Induk:
2b.    Azrul dan Ah Seng membaca karangan.
Ayat Kecil:
2c.    Karangan itu ditulis oleh Mutu.
KH Relatif: yang

AM Campuran II:
1a.    Susan sangat pandai kerana sering membaca dan sentiasa mengulang kaji pelajaran.
AMP Keterangan:
1b.    Susan sangat pandai kerana sering membaca.
Ayat Induk:
1c.    Susan sangat pandai.
Ayat Keterangan:
1d.    (Susan) sering membaca.
KH Keterangan: kerana

AM Gabungan:
2a.    Susan sangat pandai kerana sering membaca dan mengulang kaji pelajaran.
Ayat I:
2b.    Susan sangat pandai kerana sering membaca.
Ayat II:
2c.    Susan sangat pandai kerana sering mengulang kaji pelajaran.
KH Gabungan: dan

Latihan:
       
1.   Setelah hujan berhenti, kami segera ke sekolah kerana kelewatan.
2.   Encik Kasim ialah guru Sains dan Sejarah yang berpengalaman luas.
3.   Watson Ngembek ialah pelari pecut yang memenangi pertandingan dan memecahkan rekod kejohanan itu.
4.   Wuang Xing dan Busu menyatakan bahawa buku latihan mereka telah hilang petang semalam.
5.   Murali dan Swee Fong sangat bijak kerana mereka lulus dengan cemerlangnya.

(Sumber: Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah Buku 3 – Sintaksis, DBP, 2013: Halaman 85 - 89)


AMP KETERANGAN



AYAT MAJMUK PANCANGAN KETERANGAN
Ayat Majmuk Pancangan Keterangan ialah ayat majmuk yang mempunyai ayat keterangan atau klausa keterangan di dalamnya. Ayat seperti ii disambungkan dengan menggunakan kata hubung ketika, kerana, jika, dengan dan sebagainya.

AMP Keterangan:
1a.    Dia selalu mendapat nombor satu kerana rajin belajar.
Ayat Induk:
1b.    Dia selalu mendapat nombor satu.
Ayat Keterangan:
1c.    (Dia) rajin belajar.
KH Keterangan: kerana

AMP Keterangan:
2a.    Kami ke sekolah dengan menaiki bas.
Ayat Induk:
2b.    Kami ke sekolah.
Ayat Keterangan:
2c.    (Kami) menaiki bas.
KH Keterangan: dengan

Latihan:

1.   Kamu telah berusaha sehingga berjaya.
2.   Apabila saya melompat, lutut saya sakit.
3.   Badan kita akan kurus jika menghidap penyakit itu.
4.   Beliau guru disiplin ketika saya bertugas di sekolah itu.
5.   Ayah melakukan pelbagai pekerjaan untuk meningkatkan pendapatan .

(Sumber: Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah Buku 3 – Sintaksis, DBP, 2013: Halaman 84 - 85)


AMP KOMPLEMEN



AYAT MAJMUK PANCANGAN KOMPLEMEN
Ayat Majmuk Pancangan Komplemen ialah ayat majmuk yang mempunyai bahagian komplemen yang menggunakan kata hubung bahawa dan untuk. Bahagian komplemen berfungsi sebagai unsur yang melengkapkan ayat tersebut.

AMP Komplemen:
1a.    Mahat menyatakan bahawa dia akan pulang esok.
Ayat Induk:
1b.    Mahat menyatakan (sesuatu)
        (sesuatu) = Dia akan pulang esok.
Ayat Komplemen:
1c.    Dia akan pulang esok.
KH Kompleman: bahawa

AMP Komplemen:
2a.    Untuk mereka menjawab soalan itu sangat sukar.
Ayat Induk:
2b.    (Sesuatu) itu sangat sukar.
        (Sesuatu) = Mereka menjawab soalan itu.
Ayat Komplemen:
2c.    Mereka menjawab soalan itu.
KH Komplemen: untuk

Latihan:

1.   Untuk kami mengatasi masalah itu tidak sukar.
2.   Kami mengetahui bahawa pasukan mereka kuat.
3.   Untuk mereka menangani masalah itu adalah rumit.
4.   Beliau menegaskan bahawa hal itu tidak benar.
5.   Mereka menyedari bahawa pasukan lawan sangat hebat.


(Sumber: Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah Buku 3 – Sintaksis, DBP, 2013: Halaman 82 - 83)       

AMP RELATIF



AYAT MAJMUK PANCANGAN RELATIF
Ayat Majmuk Pancangan Relatif ialah ayat majmuk yang menggunakn kata hubung yang.

AMP Relatif:
1a.    Kereta yang berwarna merah itu kereta Encik Ali.
Ayat Induk:
1b.    Kereta itu kereta Encik Ali.
Ayat Kecil:
1c.    Kereta itu berwarna merah.
KH Relatif: yang

AMP Relatif:
2a.    Beliau menulis novel yang mendapat sambutan hebat itu.
Ayat Induk:
2b.    Beliau menulis novel itu.
Ayat Kecil:
2c.    Novel itu mendapat sambutan hebat.
KH Relatif: yang

Latihan:

1.   Menara yang tinggi itu sangat cantik.
2.   Kereta yang dinaiki oleh mereka kemalangan.
3.   Dia akan mendaki gunung yang paling tinggi di dunia.
4.   Kami akan ke rumah beliau yang terletak di hujung desa.
5.   Gadis yang berpakaian kemas itu adik saudara Mutu.

(Sumber: Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah Buku 3 – Sintaksis, DBP, 2013: Halaman 81 - 82)