Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Monday, February 13, 2017

Skrip Pidato BM T1 - Suatu Mimpi yang Menakutkan



PIDATO:
Suatu Mimpi yang Mengerikan

          Pada minggu lepas, saya dan keluarga  pergi ke Pusat Beli-belah Mid Valley untuk menonton wayang atau filem terbaharu.  Filem tersebut bertajuk  ‘The Mummy’.

Emak saya tidak mahu menonton wayang kerana beliau mahu membeli-belah di pusat beli-belah yang terkenal di ibu kota itu. Sebelum masuk ke dalam pawagam, emak saya sempat mengingatkan kami (adik-beradik) agar tahu menjaga diri dan tidak mengganggu orang lain.

          Selepas menonton filem itu, saya berasa sangat takut lebih-lebih lagi ketika ternampak akan pintu yang sedia tertutup seolah-olah adanya bebayang pontianak yang sedang memerhati dan mengejar kami di situ. Selepas emak selesai membeli-belah, kami pun bertolak balik ke rumah dengan gembira kecuali diri saya yang masih dilanda kegelisahan. Kami selamat sampai di rumah pada pukul sepuluh malam.  Selepas selesai urusan di bilik air, saya pun pergi ke bilik tidur bersendirian kerana kedua-dua abang saya masih  mahu menonton drama televisyen lagi.

          Sepuluh minit kemudian, saya sudah mula dibelenggu oleh perasaan yang amat pelik dan luar biasa. Mimpikah saya? Kenapa saya berada di tempat yang terasing ini? Di manakah saya sebenarnya? Saya menjerit sekuat-kuat hati namun hampa. Tiada sesiapa yang tampil membantu saya. Tiada kenderaan. Tiada bangunan pencakar langit atau taman kediaman.  Yang  menakutkan, suasana sekeliling kian bertambah sejuk. Dingin mendinginkan sum-sum tulang saya. Segala-galanya muram seram.

Saya mula nekad berlari. Berlari dengan pantasnya seperti kilat menuju ke ruang tamu. Ruang tamu bagaikan kawasan perkuburan. Sepi dan seram. Suara sayup-sayup kedengaran. Halus tetapi menakutkan. Sebaik saya toleh, ada suatu lembaga putih sedang menghampiri aku dengan pantasnya.  Pontianakkah? Saya melompat sambil mengambil langkah seribu. Seluruh tubuh saya menggigil ketakutan.

“Ming Yu! Ming Yu!”

Nama saya kedengaran berkali-kali. Sebaik saya membuka kelopak mata,  kedua-dua abang saya sudah berada di sisi.  Rupa-rupanya, saya baru dilanda mimpi yang mengerikan angkara filem, “The Mummy” tontonan kami siang tadi di Pusat Beli-belah Mid Valley, Kuala Lumpur. Akhirnya, kami bertiga ketawa beramai-ramai di bawah sinaran lampu kamar tidur yang terang-benderang! Selamat. Bersyukur saya kepada Tuhan!

Leong Ming Yu, Tingkatan 1, SMK Methodist, Tg. Malim, Perak Darul Ridzuan.

No comments: