Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Friday, September 30, 2016

MAZDA CX5


30 September 2016, Jumaat:
Mazda CX5 dan YB CLG di Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Monday, September 26, 2016

Friday, September 23, 2016

TURUN PADANG MDTM



 
23 September 2016, Jumaat:
CLG, MMS bersama dengan barisan Ahli Majlis MDTM, SU MDTM, Ketua Unit Kebersihan, MDTM dan Ketua Kampung turun padang memantau masalah yang berbangkit di taman-taman perumahan sekitar Taman Intan Setia, Jambatan Hulu Bernam (1962), Sungai Bernam dan Taman Bernam, Tanjong Malim pada 22 September 2016. Terima kasih, Majlis Daerah Tanjong Malim.

Jamuan Tahunan PPC 2016


23 September 2016, Jumaat:
Jamuan tahunan Persatuan Pengajian Cina, SMK Methodist (MES), Tanjong Malim di Restoran e-Place, Tanjong Malim. Terima kasih, PPC, MES Tg. Malim, Daerah Muallim, Perak Darul Ridzuan.


Tuesday, September 20, 2016

Bulan Bahasa Kebangsaan 2016


21 September 2016:
Bahasa Jiwa Bangsa

DEWAN BAHASA OKTOBER 2016


21 SEPTEMBER 2016:
Laporan Program Bual Bicara Tatabahasa BM dalam kalangan guru SJKC Kinta Selatan pada 20 Ogos 2016 di Bilik Seminar, SJKC New Kopisan, Gopeng tersiar dalam majalah DEWAN BAHASA OKTOBER 2016. Salam Bahasa Jiwa Bangsa.

Monday, September 19, 2016

LATIHAN PUSAT TOKOH NILAM DAERAH BP dan DAERAH MUALLIM 2016


20 September 2016:
CLG, JU, dan Tokoh Nilam SM dan SR (BM dan BI) Daerah BP/Muallim bergambar kenangan dengan AJK PKG Daerah Batang Padang dan Daerah Muallim di ruang legar, Institut Latihan Statistik Malaysia, Sungkai pada 19 September 2016. Salam NILAM 2016.

Analisis Kosa Kata BM - Bahagian IV



Analisis Kosa Kata BM - Bahagian IV
Kosa Kata
Makna
Pusaka
Harta benda yang ditinggalkan oleh orang yang telah meninggal (untuk diwarisi oleh keluarganya), warisan
Pustaka
Kitab, buku, kitab ramalan, perimbon, kumpulan atur cara, rutin, bangunan yang mengumpulkan buku-buku (untuk bacaan)

Analisis Kosa Kata BM
Kosa Kata
Makna
Uar-uar
Pengumuman yang dibuat dengan meneriakkannya kuat-kuat
Waswas
(perasaan) sangsi, curiga, khuatir, sangkaan buruk, godaan batin

Analisis Kosa Kata BM
Kosa Kata
Makna
Denda
Hukuman berupa wang, sejumlah wang yang (mesti) dibayar (kerana telah melakukan sesuatu kesalahan), hukuman
Benda
Barang, harta, jasad, hal, peristiwa, kejadian

Analisis Kosa Kata BM
Kosa Kata
Makna
Waspada
Tidak cuai, berawas-awas, berhati-hati
Wasangka
Syak dan sangka, curiga, khuatir, kebimbangan hati

Analisis Kosa Kata BM
Kosa Kata
Makna
Duda
Lelaki yang kematian isterinya atau sudah bercerai daripada isterinya
Dada
Bahagian tubuh yang di hadapan terletak di antara perut dengan leher

Analisis Kosa Kata BM
Kosa Kata
Makna
Cergas
Bertenaga dan giat, aktif, pantas, cepat
Cerdas
Sempurna akal (untuk berfikir, mengerti), cerdik, pandai, pintar

Analisis Kosa Kata BM
Kosa Kata
Makna
Mapan
Tidak berubah-ubah (sudah diterima umum), mantap, sudah kukuh (kedudukannya), tidak goyah
Mampan
Mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang  baik (berkenaan ekonomi, pembangunan)

Analisis Kosa Kata BM
Kosa Kata
Makna
Rendang
Goreng, sejenis lauk yang dibuat daripada daging yang dirempah-rempahi, rendah dan banyak daun serta cabangnya
Dendang
Burung, gagak, nyanyian untuk bersuka-suka atau menghiburkan hati

Sajak - BUKU




BUKU

buku
kutubkhanah ilmu
nur kegelapan
jendela kebijaksanaan
bintang yang berkerdipan
di cakerawala kehidupan
buku
bitara universiti
memperakrab pekerti
mempersubur akal budi
di kebun manusiawi!


Chai Loon Guan,
Institut Latihan Statistik Malaysia,
Sungkai

Latihan Sintaksis BM



LATIHAN SINTAKSIS
Betulkan ayat-ayat yang berikut:
1.       Dikau harus berjanji kepadaku.
2.       Mereka-mereka itu kawan-kawan saya.
3.       Ini pisau sangat tajam.
4.       Budak itu yang melakukan kesalahan telah didenda.
5.       Buku ini yang saya pinjam daripada Siva telah koyak.
6.       Apa yang diceritakannya itu tidak benar.
7.       Siapa yang menceroboh akan didakwa.
8.       Mana yang tidak baik jangan diturut.
9.       Berabad telah berlalu.
10.     Setengah orang tidak suka akan ikan tawar.
11.     Saya menunggunya selama dua suku jam.
12.     Kami menghadiahkan guru sejambak bunga.
13.     Pasukan Melaka bertemu pasukan Sabah pada malam ini.
14.     Balan sudah berpindah di Kajang.
15.     Sikapnya yang kasar itu meninggalkan kesan yang buruk ke atas adiknya.
16.     Dia senyum kepada saya.
17.     Amin tendang bola itu.
18.     Mereka juga ke sana.
19.     Jika sekiranya saya terlupa, tolong ingatkan saya.
20.     Indah itu bahasa.
(Sumber: Petunjuk Tatabahasa BM, Asraf, Sasbadi, 2007)