Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Sunday, July 31, 2016

Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2016

31 JULAI 2016, Ahad:
Rombongan MES Tg. Malim (guru dan mantan guru/pengetua) berhari raya di rumah, YBrs. Tn. Hj. Azizul Che Man, PK HEM, SMK Methodist, Tg. Malim di Hulu Bernam, Selangor Darul Ehsan.
Apa khabar Sungai Bernam?
(Sumber: Cik Swee Fong Liew)

Ceritera Tanjong Malim

Ceritera tentang TANJONG MALIM dalam akhbar Malay Mail, bertarikh 29 Julai 2016. 
Tanjong Malim, tanah tumpah darahku.


Monday, July 25, 2016

DVD KB1M Negeri Perak 2012


26 Julai 2016, Selasa:
Harap DVD Kembara Buku Satu Malaysia (KB1M) 2012 di Daerah Manjung, Perak Darul Ridzuan masih ada dalam simpanan PPD Manjung dan BTPN Perak Darul Ridzuan.
BAHASA JIWA BANGSA.

KARNIVAL BM SJK NEGERI PERAK 2016


25 Julai 2016, Isnin:
CLG bergambar kenangan dengan YB Datuk Seri Mah Siew Keong, Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Malaysia merangkap Ahli Parlimen Teluk Intan sebaik usai Karnival Bahasa Melayu, SJKC dan SJKT peringkat Negeri Perak 2016 di Hotel Grand Court, Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan pada 23 Julai 2016.
BAHASA JIWA BANGSA.

Sunday, July 24, 2016

HARI KELUARGA MCA BAHAGIAN TG. MALIM 2016

24 Julai 2016, Ahad:
CLG bergambar kenangan dengan YB Datuk Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia sebaik usai Majlis Perasmian Hari Keluarga anjuran bersama JKKK Kampung Baru dan MCA Bahagian Tanjong Malim di Padang Majlis Daerah, Kampung Baru Sungkai, 35600 Sungkai, Perak Darul Ridzuan.
(Sumber: Tn. Yee Jee Kwong)

Sajak - SENJA

24 Julai 2016, Ahad:
Sajak CLG dalam Mingguan Malaysia. Terima kasih, Editor MM.

Karnival BM SJK Negeri Perak 2016

23 JULAI 2016, Sabtu:
Barisan hakim Pertandingan Teater Solo, Karnival Bahasa Melayu, SJKC dan SJKT Negeri Perak Darul Ridzuan 2016 di Hotel Grand Court, Teluk Intan, Daerah Hilir Perak.
BAHASA JIWA BANGSA.

Wednesday, July 20, 2016

Munsyi Dewan (Bahasa)

21 JULAI 2016, Khamis:
Tugas CLG sebagai Munsyi Dewan (Bahasa), Dewan Bahasa dan Pustaka di Hotel Grand Court, Teluk Intan, Daerah Hilir Perak, Perak Darul Ridzuan pada 22 - 23 Julai 2016.
BAHASA JIWA BANGSA.

Saturday, July 16, 2016

UPSI

16 Julai 2016, Sabtu:
Suatu tengah hari, CLG dan isteri di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tg. Malim bersempena dengan majlis perkahwinan Cik Nurul Nadiah bt. Muhd Khairuddin Lim (Alumni MES Tg. Malim).

Friday, July 15, 2016

Sajak - SI PENJUAL MOI




SI PENJUAL MOI

dia, si penjual moi
dasawarsa demi dasawarsa
menjaja hidup
dari lorong pramerdeka
ke premis pascamerdeka
sebuah kota
di Pulau Mutiara

demikanlah hidupnya
setiap dinihari
bingkas ia daripada mimpi lena
cekal tabah
menyediakan bahan sarapan
aneka ramuan moi
ikan goreng, telur itik masin
sayur-mayur, ikan masin
semangkuk demi semangkuk
beratur pelanggan saban hari
di premis bangku kayu

melewati senja usia
sesekali terlakar hasrat ia
si penjual moi
mahu dijaja premis
yang pernah membesarkan
anak-anak
berkerjaya berkeluarga
kaya asam garam kehidupan
di buana kenangan

orang tua itu,
si penjual moi tersohor
dari Weld Quay, 1938
ke pasar Sia Boey
(“Town’s End” dalam bahasa Hokkien), 1950-an
berpindah premis
ke Macallum Street Ghaut, 2010
sebelum menetap di Cecil Street
Pulau Mutiara!

Chai Loon Guan,
Daerah Muallim.

Tuesday, July 12, 2016

HARI KELUARGA

Terima kasih, MCA Bahagian Tanjong Malim.

Sunday, July 10, 2016

Karangan BM SPM 2016




BUAL BICARA - BAIK BURUKNYA PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA.

Prolog
Seperti biasa, pada setiap petang, saya akan pergi ke kafeteria yang berdekatan dengan rumah selepas habis melunaskan kerja rumah. Saya bersempatan pula untuk berjumpa dengan sahabat karib saya, Haris. Selepas bertanyakan khabar, kami duduk berbual-bual sambil minum secawan kopi.

Fong: Belakangan ini, penggunaan media sosial dalam masyarakat, terutamanya dalam kalangan remaja telah menjadi satu trend yang popular. Topik ini hangat dibincangkan dan telah menjadi isu perbincangan mutakhir. Sebenarnya, apakah itu media sosial?

Haris: Sebenarnya, menurut Wikipedia, media sosial ialah sejenis media yang digunakan terus dalam talian, yakni membolehkan para pengguna menyertai, berkongsi dan mencipta isu meliputi blog, rangkaian sosial, wiki, forum dan dunia virtual dengan mudah. Antara aplikasi media sosial yang amat popular di Malaysia termasuk Facebook, Twitter, Instagram, WeChat dan WhatsApp. Remaja kini telah menjadikan aplikasi media sosial ini sebagai medium untuk mengisi kekosongan waktu. Pada pendapat kamu, mengapakah penggunaan media sosial amat popular dalam kalangan remaja?

Fong: Pada pendapat saya, penggunaan media sosial amat popular dalam kalangan remaja kerana media ini mudah digunakan secara langsung. Remaja dapat mengakses aplikasi seperti Facebook di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa dengan adanya ‘Wi-Fi’. Pada zaman dulu, kita memerlukan modal yang besar untuk memiliki televisyen atau radio. Namun dengan adanya prasarana Internet dan harga pakejnya pula murah, remaja telah tertarik dan ingin mendapatkannya. Lagipun, media sosial ini termuat dalam aplikasi telefon pintar. Remaja yang memiliki telefon pintar dapat mengakses laman sesawang dengan mudah.

Haris: Ya, saya amat bersetuju, Fong. Apabila sesuatu benda menjadi popular, mestilah ada baik dan buruknya. Pada pandangan kamu, apakah kebaikan penggunaan media sosial dalam kalangan remaja?

Fong: Pada hemat saya, media sosial merupakan alatan atau medium yang baik untuk menimba ilmu pengetahuan. Hal ini demikian kerana terdapat banyak netizen berkongsi berita dan maklumat di laman sesawang (web) sosial seperti Facebook. Remaja dapat mengetahui isu semasa dalam masa yang amat singkat. Terdapat banyak remaja menggunakan cara berkongsi di laman sesawang (web) sosial untuk berbincang dengan rakan tentang isu atau masalah yang dikemukakan. Remaja khususnya golongan murid juga melayari Internet untuk mendapat maklumat mutakhir selain merujuk buku-buku teks dan buku ulang kaji. Mereka tidak perlu keluar dari rumah untuk pergi ke pusat sumber atau perpustakaan awam. Dengan hanya satu klik sahaja, maka semua maklumat yang ingin dicari berada di hujung jari. Apakah pula pandangan kamu tentang kebaikan media sosial, Haris?

Haris: Media sosial merupakan sejenis saluran komunikasi yang berkesan. Remaja dapat berinteraksi dengan saudara-mara walaupun berada di tempat yang berlainan atau berjarak jauh. Selain berhubung dengan saudara-mara, remaja juga dapat mencari dan menghubungi rakan-rakan sekolah lama kembali. Antara aplikasi perbualan secara talian yang boleh digunakan adalah seperti Skype, Mesengger dan WhatsApp. Secara tidak langsung, tali silaturahim atau hubungan persaudaraan dan muhibah dapat dieratkan lagi.

Fong: Bukan itu sahaja. Media sosial juga memudahkan urusan seharian seperti urusan individu, kakitangan jabatan kerajaan dan pihak swasta. Sebagai contohnya, remaja yang ingin memohon kerja boleh meng-e-melkan notelun butiran diri kepada syarikat yang berkenaan untuk dipertimbangkan. Hal ini dapat menjimatkan masa berbanding dengan cara permohonan kerja secara manual pada zaman dahulu.

Haris: Media sosial juga digunakan untuk berurus niaga. Sebagai contohnya, remaja menjual barangan terpakai seperti baju, kasut dan beg di laman web tertentu. Di sebalik kecanggihan media sosial yang terbukti banyak mendatangkan faedah kepada remaja, terdapat juga keburukan yang boleh mengganggu gugat keselamatan masyarakat, khususnya golongan pengguna. Apakah keburukannya, Fong?

Fong: Pertama-tama, media sosial akan menyebabkan ketagihan sehingga kesihatan dan disiplin kerja mudah terjejas. Hal ini demikian kerana remaja akan mengakses Internet sebaik sahaja pulang dari sekolah. Mereka secara sedar atau tidak sedar telah melupakan pelajaran akibat terlalu leka akan permainan atas talian sehingga tidak memberikan tumpuan yang sepatutnya kepada pelajaran. Mereka sanggup tidur pada lewat malam hanya untuk berbual kosong dengan kawan-kawan atau melayari Internet. Lama-kelamaan, kesihatan remaja terjejas akibat kekurangan waktu rehat yang berkualiti. Mereka juga tidak dapat memberikan fokus kepada pelajaran dan kegiatan kokurikulum di sekolah akibat terlalu asyik memikirkan permainan-permainan Internet yang tidak memberikan faedah.

Haris: Di samping itu, penggunaan media sosial boleh menyebabkan penyebaran maklumat-maklumat palsu. Sebagai contohnya, maklumat tentang isu politik, sosial dan pendidikan. Perbuatan ini dilakukan oleh pihak tertentu dengan tujuan untuk menimbulkan isu perkauman dan merosakkan nama baik bangsa dan negara. Perbalahan akan berlaku sekiranya terdapat segelintir masyarakat yang mempercayai maklumat tersebut. Remaja yang menjadi batu api sepatutnya menghentikan perbuatan tersebut kerana perbuatan mereka akan menyebabkan timbulnya beberapa banyak masalah yang lain yang akan memberikan kesan buruk kepada diri, keluarga, bangsa dan negara.

Fong: Segelintir remaja pula bebas melayari laman-laman web tanpa kawalan. Unsur-unsur pornografi yang terdapat di dalam Internet akan menjejaskan dunia pemikiran dan akhlak seseorang. Hal ini demiikian kerana unsur pornografi akan menjejaskan kesihatan fizikal dan mental remaja yang kurang matang. Pemikiran mereka mudah tersasar dan terjejas lantaran mereka tidak dapat membezakan antara kebaikan dengan keburukan. Sesetengah remaja pula didapati mencontohi perbuatan tersebut dengan melakukan seks bebas bersama dengan rakan sebaya atau kawan sepergaulan. Hal ini akan bertambah serius apabila terdapat banyak filem lucah yang dipaparkan di Internet dari semasa ke semasa.

Haris: Memang betul, Fong! Tuntasnya, setiap benda di dunia ini ada baik dan buruknya. Sebagai manusia yang mempunyai akal yang sempurna, kita perlu bijak berfikir dan mampu membezakan perkara yang baik dengan yang buruk. Jangan remaja terlalu taksub mendengar cakap-cakap rakan sewenang-wenangnya. Bagi membendung masalah ini, setiap pihak haruslah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sebaik mungkin, bak kata pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Tamsilnya, penguatkuasaan undang-undang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan agar remaja tidak menyalahgunakan media sosial lagi. Selain itu, ibu bapa juga perlu memainkan peranan yang penting dalam usaha memastikan golongan remaja menggunakan media sosial dengan betul dan berfaedah. Ibu bapa perlu memantau perilaku anak-anak dan menegur kesilapan anak-anak secara jujur dan telus. Di sekolah pula, para guru perlu memberikan pendidikan dan kesedaran yang sewajarnya kepada para murid agar media sosial tidak disalahgunakan sehingga memudaratkan diri.

Fong: Ya. Sebagai kesimpulannya, cara penggunaan media sosial banyak bergantung kepada niat pengguna itu sendiri. Setiap remaja haruslah berfikir dengan bijak dan rasional kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Baiklah, Haris, sudah tibanya masa untuk saya menghadiri kelas tuisyen. Harap bual bicara kita pada hari ini membuahkan manfaat, bak kata orang yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Esok, kita berjumpa lagi.

Haris: Benar, Fong. Selamat jalan.

Epilog:
Setelah bertemu dan berbicara dengan Haris, saya pun berjalan kaki ke pusat tuisyen yang berdekatan. Saya berasa gembira kerana dapat bertemu dengan Haris pada hari ini dan memanfaatkan waktu pertemuan biarpun hanya seketika.


Disediakan oleh,
Fong Zi Ying, Tingkatan 4 Sains 1, SMK Methodist, 35900 Tg. Malim, Perak Darul Ridzuan.

Saturday, July 9, 2016

Bengkel Pembinaan Bakat Tunas Remaja SM Persendirian Cina/SMJK Zon Tengah dan Zon Selatan

Bengkel Pembinaan Bakat Tunas Remaja SM Persendirian Cina (Zon Tengah) anjuran Persatuan Kebudayaan Han Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka pada 7 - 9 November 2014 di One City, Sky Park, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Bengkel Pembinaan Bakat Tunas Remaja SMJK (Zon Tengah) anjuran Persatuan Kebudayaan Han Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka pada 8 - 10 Jun 2015 di Darul Ta'lim, Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan.

Bengkel Pembinaan Bakat Tunas Remaja SM Persendirian Cina (Zon Selatan) anjuran Persatuan Kebudayaan Han Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka pada 21 - 23 November 2015 di Crystal Inn, Batu Pahat, Johor Darul Takzim.

Sajak: BULAN - THE MOON



BULAN

bulan
yang sarat
diselubungi
hitam awan
terpenjara
dalam cakerawala
hidup
ungu
terkesima
dalam landskap
hidup
pilu
mergastua
berduka
di rimba lara!

Chai Loon Guan,
Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur.
(Dewan Sastera, Disember 2012)


THE MOON

the full moon
enveloped
by the ominous clouds
trapped
in the firmament
of life
hues of violet Crown chakra
unnerving
in the landscape
of life
melancholic
wild
forlorn
in the deep recesses of the forest!

Terjemahan:
Cik Liew Swee Fong
SMJK Ave Maria Convent, Ipoh.

Thursday, July 7, 2016

ARENA GOODWILL

07 Julai 2016, Khamis:
CLG dan AJK Pembangunan LPS menziarahi MES Tg. Malim (Alma Mater) sambil meninjau dan memantau kerja pembinaan Arena Goodwill. Lux Et Veritas.

Antologi Sajak - SUARA ANAK BANGSA


06 Julai 2016, Rabu:
Antologi Sajak Tunas Muda SM Persendirian Cina dan SMJK Zon Tengah dan Zon Selatan, "SUARA ANAK BANGSA" Jilid I dan Jilid II anjuran Pusat Kebudayaan Han Malaysia - DBP sedang saya tekuni dan halusi sebelum dibentangkan untuk pemurnian lanjut pada 26 - 28 Ogos 2016 di Kuala Lumpur. Bahasa Jiwa Bangsa.


Tuesday, July 5, 2016