Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Thursday, June 30, 2016

Kunjungan Mesra MCE Malaysia

29 JUN 2016, Rabu:
Kunjungan mesra dan lawatan ke tapak projek pembinaan Dewan Goodwill SMK Methodist (MES) Tg. Malim oleh YBhg. Encik Khor Hong Yin, PJK, Pengarah Eksekutif, Methodist Council of Education Malaysia dan YBrs. Cik Tay Choon Neo, Pengarah Modal Insan, Methodist Council of Education Malaysia. Antara agenda yang dibincangkan ialah penaiktarafan prasarana sekolah, penurapan jalan raya, pemasangan kipas Dewan Goodwill, pengajaran dan pembelajaran DLP serta lawatan ke Bilik Muzik, Bilik Kaunseling, Bilik DLP, Bilik Rawatan dan Dewan Goodwill. Terima kasih, Methodist Council of Education Malaysia.

Sunday, June 26, 2016

Dewan Goodwill MES Tg. Malim

25 Jun 2016, Sabtu:
Lawatan ke tapak pembinaan Dewan Goodwill MES Tg. Malim mulai 9.30 malam hingga 11.30 malam untuk memantau penurapan dan pelicinan simen lantai dewan oleh pekerja kontraktor yang dilantik oleh LPS MES Tg. Malim. "Semangat Berpasukan dalam Satu Pasukan" - Lux Et Veritas, LPS MES Tg. Malim.

Friday, June 24, 2016

BAHASA JIWA BANGSA

25 JUN 2016, Sabtu:
MELESTARI atau MELESTARIKAN BAHASA, MEMBESTARI atau MEMBESTARIKAN BANGSA? Bahasa Jiwa Bangsa.
(Sumber: Berita Harian, 21 Jun 2016)

Kunjungan Hormat ke MES Tg. Malim

24 - 25 JUN 2016:
Kunjungan hormat dan lawatan ke tapak pembinaan Dewan Goodwill MES Tg. Malim oleh CLG (AJK LPS) dan YBhg. Tuan Seng Kit Lee (Alumni MES Tg. Malim). Lux Et Veritas!

Thursday, June 23, 2016

TURUN PADANG


23 Jun 2016, Khamis:
CLG (MMS) dan pasukan Ahli Majlis, Lembaga Pelawat, Wanita MCA Bahagian Tg. Malim dan Unit Kejuruteraan Majlis Daerah Tanjong Malim menjayakan lawatan turun padang di sekitar taman di Jalan Ketoyong, Jalan Jambu Mawar, Tg. Malim dan laluan di belakang deretan kedai Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.

Tuesday, June 21, 2016

Lawatan Kerja AJK Pembangunan LPS MES Tg. Malim

21 Jun 2016, Selasa:
Lawatan Kerja AJK Pembangunan LPS/BOG SMK Methodist (MES) Tanjong Malim ke tapak pembinaan Dewan Goodwill MES Tg. Malim pada 20 Jun 2016, Isnin.

Monday, June 20, 2016

Sajak - KUALA KUBU BHARU



KUALA KUBU BHARU

1885
musibah bah
Ampang Pecah
Tragedi Kuala Kubu
menghidupkan pekanmu
Kuala Kubu Bharu (1931)
Daerah Hulu Selangor
berlandskapkan Titiwangsa
bersempadankan Pahang
berjirankan Perak Darul Ridzuan
pekan alam flora
pekan alam fauna

sesekali bersarapan
di Restoran Yoot Loy
nasi lemak, mi udang
kopi O, roti bakar
Chicken Chop
Makanan Hailam
Sun Sun Nam Cheong
enak menyelerakan
warga berbilang ras
aman makmur
hidup muhibah
dekad-berdekad

di sinilah,
tertera sejarah
pekan lombong Sungai Selangor
kubu Raja Mahadi - Syed Mashor
ceritera perang saudara
Tengku Kudin (1867 - 1874)
Sir Frank Athelstane Swettenham
JP Rodger
Edward Maxwell
serang hendap Sir Henry Gurney
Jalan Kuala Kubu - Fraser's Hill
1951

Kuala Kubu Bharu
deretan kedai pramerdeka (1920)
menara jam (1930)
kubur Cecil Ranking
dingin nyaman
berlandskap indah
Joget Kenangan Manis Sudirman
menyemarakkan kenangan
sepanjang perjalanan
sang penyair
dari Tanjong Malim
ke pekanmu, Kuala Kubu Bharu

pekan bersejarah
tokong Buddha
Masjid Darul Quran
stesen kereta api
monumen Tragedi KKB
Ampang Pecah
Air Terjun Chilling - Lata Medang - Pertak
Fraser's Hill
Empangan Sungai Selangor
menggamit wisatawan
datang berkunjung
mempersubur silaturahim
memperkukuh ukhuwah
di daerah kehidupan

Kuala Kubu Bharu
pekan keamanan
pekan perpaduan

Chai Loon Guan,
Kuala Kubu Bharu.

Saturday, June 18, 2016

Mendiang Tn. CHAI SEE HAI

MENDIANG TN. CHAI SEE HAI
(13 Jun 1911 - 20 Ogos 1986)
...bersempena dengan Hari Bapa 19 Jun 2016!
 
Terima kasih, Pa
atas iltizammu
atas dedikasimu
atas kecekalanmu
atas kebitaraanmu
atas kemuliaanmu
atas kasih sayangmu
atas tunjuk ajarmu
atas jasa baktimu

Pa
kau wiarawanku
kau sumber ilhamku
kau idola hidupku
Terima kasih, Pa!
Chai Loon Guan,
Daerah Muallim.

Thursday, June 16, 2016

Sajak - PROFESOR DR. DING CHOO MING




Profesor Dr. Ding Choo Ming
- anak watan Sitiawan

peneliti senior
Institut Alam dan Tamadun Melayu
(ATMA), UKM
profesor
pantun - manuskrip Melayu
lahir di Sitiawan, Perak
7 Februari 1947
pendidikan awal
Sekolah Rendah Pekan Gurney (1954 - 1959)
SM Nan Hwa, Sitiawan (1960 - 1965)
SM Methodist Boys School, Kuala Lumpur (1966 - 1967)
Universiti Malaya (1971)
Universiti Kebangsaan Malaysia (1984 - 1994)

pernah bergelar guru
di SMJK Sam Tet, Ipoh
dosen di Jabatan Pengajian Melayu, UM
pembantu pustakawan UKM (April 1972)
atas biasiswa Colombo
menjalani pelatihan
di College of Libranianship, Wales (1973)
sebelum kembali bertugas
sebagai pustakawan
Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM
pemilik data sumber Melayu
penulis prolifik akhbar, majalah,
jurnal (Bangkok, Copenhagen, Leiden),
seminar (Hamburg, London, Leiden, Tokyo)
antara karya buku, jurnal
Raja Aisyah Sulaiman: Pengarang Ulung Wanita Melayu (1999)
Kajian Manuskrip Melayu: Masalah, Kritikan dan Cadangan (2003)
Our Culture is Our Future, Jurnal ASWARA (2007)
Capaian Jurnal UKM di Internet, Sanggar Jurnal UKM
(16 Februari 2007)
tokoh kunci
portal studi dunia Melayu
www.malaycivilization.com
www.atma.ukm.my


Profesor Dr. Ding Choo Ming,
pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia
Anugerah APC 2005
Anugerah Melayu Online 2009
kolumnis "Manuskrip Melayu" Utusan Zaman
(4 Jun 2000 - 17 Februari 2002)
peneliti seputar manuskrip Melayu
sastera Melayu lama
pembina pangkalan data Alam Melayu
akademikus UKM
Guru Besar
Teknologi dan Sains Maklumat UKM
(28 November 2008)

manuskrip
naskhah tulisan tangan - ketikan
kajian filologi
melalui pelbagai media
(kertas, kulit binatang, batu, daun lontar, bilah bambu)
kaya akan nilai kesusasteraan
merangkum ilmu tasawuf, sejarah undang-undang,
perubatan, legenda, puisi, susastera
manuskrip Hikayat Indera Jaya
penyimpan ajaran
petua pengetahuan
kebijakan, weltanschauung
dan kepercayaan Islam Melayu
dari kaca mata sufi
selain pengaruh istana, elitis
Hindu, Islam dan kolonialis
katamu:
"...we cannot forget our local culture and heritage in facing forces of globalization in the 21st century and beyond. It is only by remembering our local culture as our anchor in the borderless world that we can derive energi potentials for the bigger changes in store for us."
Profesor Dr. Ding Choo Ming
sarjana ulung
pengkaji wibawa manuskrip Melayu
peneliti kental
bahasa dan susastera bangsa

Chai Loon Guan,
Daerah Manjung.

Monday, June 13, 2016

Sajak - AKSARA INSAN




AKSARA INSAN

diukir aksara insan
penuh kasih
penuh cinta
tertib bicara bahasa
daripada kata fikir
frasa sahsiah yang berbudaya
digaul falsafah insaniah
sebelum diadun penuh santun
nilai rohaniah
terciptalah klausa indah
menggugah minda warga cendekia
dalam sintaksis makna
terserlahlah roh keinsanan
terserlahlah wibawa keintelektualan
untuk ditafsir
penuh insaf taqwa
tanpa belenggu curiga
tanpa syak-wasangka

zat ilmu
yang tersurat yang tersirat
perlu kita telaahi
perlu kita nikmati
perlu kita hayati
dalam tertib
dalam insaf
baris demi baris
perenggan demi perenggan
dalam simpang-siur
wacana kehidupan insan
yang sering berteka-teki
di sarwajagat kehidupan!

Chai Loon Guan,
Sarang Art Hub, Tg. Malim.
(Mingguan Malaysia - 24 Julai 2016)

Sajak - CERITERA KEHIDUPAN X



Ceritera Kehidupan X
(...ketika usia kian senja)

usahlah kita lupa daratan
ketika menelusuri kehidupan
setiap momen
harus kita hargai
hatta kelemahan
yang menggagalkan
memerlukan iltizam
dan, ketika hujan
lihatlah pelangi
ketika malam
lihatlah bintang

usahlah kita undang
permasalahan
atau bersandiwara dengan taksub
pilih kasih dalam perbandingan
yang membungakan kecelaruan
yang membuahkan kesangsian

cintailah kehidupan
tanpa waswas
di rumah muhasabah
hargailah keinsanan
tanpa culas
di rumah muzakarah
kasihilah keamanan
tanpa perbezaan ras
di rumah musyawarah

hidup kayu berbuah
hidup manusia
biar berjasa

Chai Loon Guan,
Daerah Muallim.