Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Sunday, April 24, 2016

Komsas BM Tingkatan Satu



Analisis Drama Tingkatan 1 - HADIAH oleh Aripin Said
Sinopsis
          Drama "Hadiah" karya Aripin Said mengisahkan kehidupan keluarga anak perempuan Pak Mail, iaitu Fauziah yang kematian suami, Sarjan Akhbar yang terkorban di medan perjuangan di sempadan. Anak Fauziah, Hayati (15 tahun) sedang menuntut di salah sebuah sekolah berasrama penuh di Melaka. Atas masalah bayaran asrama sekolah, Hayati menulis sepucuk surat kepada keluarga untuk pulang ke rumah. Yang jelas, pencen bulanan arwah bapanya yang sedikit tidak dapat menyara keluarga. Oleh itu, Pak Mail (datuk Hayati) sedang berikhtiar untuk menangani masalah persekolahan Hayati dengan bantuan Datuk Penghulu.
          Kehadiran Encik Musa, pegawai tentera daripada Kementerian Pertahanan Malaysia di Kuala Lumpur dapat meringankan beban keluarga Fauziah dan dua orang anaknya, iaitu Hayati dan Farid. Encik Musa telah menyampaikan sekeping cek yang bernilai sepuluh ribu ringgit kepada Puan Fauziah. Penghargaan kerajaan amat besar ertinya dan benar-benar dapat meringankan beban keluarga. Sebelum pulang, Encik Musa berharap agar Hayati dapat belajar rajin-rajin. Esok, Pak Mail akan menghantar cucunya (Hayati) ke sekolah asrama semula.

Tema:
Masalah kemiskinan keluarga dan kesempitan hidup.

Persoalan:
a. Kesedihan dan kesempitan hidup akibat kematian suami.
b. Kasih sayng bapa yang sanggup memelihara anak yang kematian suami.
c. Keprihatinan kerajaan akan nasib keluarga perajurit yang menghadapi musibah kehidupan.
d. Tanggungjawb seorang ketua yang sanggup membantu anak buahnya yang susah.
e. Berfikiran positif dan reda akan nasib diri.

Bil.
Kosa Kata
Makna
01.
Buaian

02.
Kacak

03.
Menidurkan

04.
Nenda

05.
Rantau

06.
Menyelubungi

07.
Belakangan

08.
Potret

09.
Menghayun

10.
Bongsu

11.
Mewarisi

12.
Perkenalkan

13.
Mengatasi

14.
Mengunjukkan

15.
Berjasa

16.
Asrama


Sajak - Hari Guru 2016



GURU
PEMBINA NEGARA BANGSA
(bersempena dengan Hari Guru pada 16 Mei 2016)

setitis ilmumu
persis selautan jasa
sebaris ayatmu
terserlah dunia cendekia
aksara demi aksara
membunga di kebun bitara
kata demi kata
pendorong azam iltizam
frasa demi frasa
pemangkin cita-cita
klausa demi klausa
mempersubur jati diri
anak-anak  bangsa
wacana pendidikan
memperkukuh modal insan
anak-anak merdeka

guruku
kaulah obor hemah
sumber inspirasi
tonggak aspirasi
terampil dedikasi
jasa baktimu
dasawarsa demi dasawarsa
mewangi di sarwajagat kehidupan
anak-anak warisan
umarak masa depan

guruku
kaulah pelita adab
menerangi dunia zulmat
anak-anak bangsa
kreatif inovatif
mewarnai sketsa kehidupan
anak-anak wawasan
guruku
wira serikandi nusa
pembina negara bangsa
zaman-berzaman
dirgahayu, guruku!

Chai Loon Guan,
Daerah Muallim.

Sajak Belasungkawa - TTS Dr. Fatimah Hj. Hashim



Belasungkawa
Tun Tan Sri (Dr.) Fatimah binti Haji Hashim
(25 Disember 1924 - 9 Januari 2010)

lahir seorang serikandi
pada 25 Disember 1924
di Parit Kurma, Muar
Johor Darul Takzim

Fatimah binti Haji Hashim
bersekolah Melayu Lelaki Parit Keroma, Muar
Sekolah Melayu Perempuan Mersing
bergelar pendidik
membuka kelas dewasa
membasmi buta huruf
sebelum menelusuri kerjaya siasah
UMNO (1947)
Ketua Pergerakan Kaum Ibu
Wakil Parti Perikatan
Menteri Kebajikan Malaysia
(20 Mei 1969)
menteri wanita negara
yang pertama
Ketua Wanita UMNO (1956 - 1972)
Ketua NCWO (1965 - 1989)
Pro-Canselor UTM (1995)
Anugerah Merdeka (Pendidikan dan Komuniti)
19 Ogos 2009

belasungkawa
Tun Tan Sri (Dr.) Fatimah binti Haji Hashim
serikandi terulung nusa bangsa
aroma jasa baktimu
mewangi di taman watan
umarak berwawasan
mendepani zaman!

Chai Loon Guan,
Daerah Muallim.