Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Wednesday, March 30, 2016

Sajak - PAPAN



PAPAN

abad ke-19
menyaksikan kehadiranmu, Papan
antara simpang Pusing - Ipoh
pekan perlombongan bijih timah tertua
Lembah Kinta
pemangkin sosioekonomi
penduduk era penjajah
selain Batu Gajah - Gopeng

seperti catatan Jacques de Morgan
asal Papan
kawasan pembalakan kayu cengal
Ka' Pan, papan bermutu
seperti catatan J.W.W Birch
Papan
pekan lombong pertama
dipelopori Sultan Ismail
dari Blanja ke Pengkalan Pegoh
sebelum diserahkan kepada Raja Asal
putera Mandailing, Sumatera (1877)
oleh Frank Swettenham
·        Raja Bilah (1877 - 1909)
·        Raja Ya'qub (1909 - 1931)
·        Raja Shahariman (1932 - 1942)

di sinilah, Papan
sejarah pentadbiran Melayu - Mandailing
ditelusuri daya usaha
komuniti Cina Hakka
membangunkan ekonomi
memajukan desa
menjadi pekan makmur
Kampung Kong Mui
diiktiraf Cecil Clementi Smith,
Gabenor Straits Settlement

Papan
dinaungi jajaran tanah tinggi
Gunung Hijau - Hutan Simpan Kledang Saiong
Papan
diwarnai kegiatan kongsi
dalam suka duka kuasa
Nippon dan gerila

hari ini,
hanya tinggal notelun sejarah,
Papan
wargamu kian kurang
deretan kedai tuamu kian usang
namamu kian hilang
ditelan zaman
landskapmu
Tokong Kun Yam Miu (1847)
Masjid Papan (1888)
Galeri Sybil Kathigasu
Taman Herba dan Hutan Simpan Lipur
dipagari rimbunan samanea saman
pokok-pokok hujan
pohon-pohon kenangan!

Chai Loon Guan,
Daerah Muallim.

Tuesday, March 29, 2016

MAT PIBG 2016

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Methodist, Tg. Malim telah disempurnakan oleh YB Dato' Hjh. Rusnah bt. Kassim, ADUN Kawasan Behrang pada 26 Mac 2016 di Dewan A, SMK Methodist, Tg. Malim, Perak Darul Ridzuan.

Monday, March 28, 2016

MODERATOR

CLG - Moderator Majlis Bicara Karya Sasterawan Perak Darul Ridzuan pada 27 Mac 2016 di Dewan Mesyuarat, Restoran Simpang Tiga, Greentown Square, Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

ANTOLOGI

2016
Sajak "Sungai Bil" dalam Antologi Puisi Malaysia - Chennai, "Datuk Panglima Kinta Yusuf" dalam buku Sejarah Pembukaan Bandar Raya Ipoh, Perak, "Bah" dalam Antologi Puisi Bah Kuning, "Bahasa Jiwa Bangsa", "Za'ba" dan "Ekologi Bahasa" dalam Antologi Puisi Cakar Nanar dan "Sehati Sejiwa" dalam Antologi Puisi Pangkor 5. BAHASA JIWA BANGSA.

Sunday, March 20, 2016

Sajak - el-Nino



el-Nino

bagaikan
el-Nino
api cintamu, kekasih
membakar hatiku
bara akrab
panas intim
menyelimuti peraduan hidup
hangat kerinduan
dan ghairah berahi kekasih
dalam dakapan erat
bahang rindu
yang kian resah
bercengkerama
di ekuinoks asmaraloka
tanpa nama!

Chai Loon Guan,
Universiti Tunku Abdul Rahman, Kampar.

Sajak - BINTANG



BINTANG

tiba-tiba
bintang
yang berkerlipan
di dada cakerawala
berguguran
seperti daun kering
bertaburan
di persada bumi kehidupan
berpupusan
dimakan usia
di buana kemanusiaan!

Chai Loon Guan,
Universiti Tunku Abdul Rahman, Kampar.

Saturday, March 19, 2016

KETUTU TANJUNG TUALANG

19 Mac 2016, Sabtu:
CLG bergambar kenangan dengan Encik Wong Ah Lee (kenalan semasa CLG mula berkhidmat sebagai PPPBS Gred C2 di SM Dato Bendahara CM Yusuf, Tanjung Tualang pada awal 1982), pemilik Restoran Sun Mee Fong yang terkenal akan resipi masakan ikan ketutu dan udang galah Tanjung Tualang selepas usai urusan anak bongsu di UTAR, Kampus Kampar. Jarak perjalanan Kampar - Tanjung Tualang amat berdekatan. Selamat berdarmawisata ke Tg. Tualang - pekan bijih timah!

UTAR 2016

19 Mac 2016, Sabtu:
CLG dan keluarga menemani anak bongsu membuat semakan kursus di kaunter pendaftaran dan pentadbiran Universiti Tunku Abdul Rahman, Kampus Kampar, Perak Darul Ridzuan.

Friday, March 18, 2016

Bicara Buku - MAT Persatuan Karyawan Perak 2016

Bicara Buku dan Mesyuarat Agung Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk) 2016 di Restoran Simpang Tiga, D-G Greentown Square, Ipoh, Perak Darul Ridzuan pada 27 Mac 2016.

Kursus Pembestarian Tokoh Nilam Perak 2016

KURSUS PEMBESTARIAN TOKOH NILAM PERAK 2016 pada 22 - 25 Mac 2016. Salam NILAM - Nadi Ilmu Amalan Membaca!

SMK Chenderiang, Temoh

Majlis Pembugaran Nilam dan Minggu Bahasa 2016, SMK Chenderiang, Temoh, Perak Darul Ridzuan pada 21 Mac 2016, Isnin. NILAM - Nadi Ilmu Amalan Membaca.

Wednesday, March 16, 2016

BUKU

Buku untuk bacaan dan rujukan CLG pada minggu ini. Bacalah dalam bahasamu. Salam NILAM - Nadi Ilmu Amalan Membaca!

Sunday, March 13, 2016

Forum Pendidikan Hari Guru Kebangsaan 2015

NOSTALGIA AHLI PANEL FORUM - CLG

Selamat Pengantin Baharu

13 MAC 2016, AHAD:
Tahniah, Dr. Shaleni Jaganathan (Alumni MES Tg. Malim) dan suami!
Terima kasih atas undangan.

Saturday, March 12, 2016

Malam Puisi Anak Tg. Malim

CLG dan SENIMAN di Sarang Art Hub, Tanjong Malim pada 11 Mac 2016 bersempena dengan Malam Puisi Anak Tanjong Malim.

Monday, March 7, 2016

Nostalgia CLG di Hotel Furama BB, Kuala Lumpur.

Hotel Furama Bukit Bintang Kuala Lumpur pada 29 Februari hingga 06 Mac 2016.