Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Friday, October 7, 2016

Ular dalam PB Melayu




Ular dalam Peribahasa Melayu

          Secara umumnya, ular juga dijadikan subjek bicara dalam peribahasa Melayu, terutamanya dalam simpulan bahasa, perumpamaan dan pepatah Melayu seperti yang berikut:

Bil.
Peribahasa
Maksud
01.
Ular berkepala dua (sb)
Munafik
02.
Ular berbelit-belit (sb)
Sangat marah
03.
Ular kepala dua (sb)
Munafik
04.
Ular lidah bercabang (sb)
Munafik
05.
Ular menyusur akar (sb)
Orang mulia merendahkan diri tidak jatuh martabatnya.
06.
Ular bercampur dengan belut tak kan hilang bisanya (ppt)
Orang jahat bercampur dengan orang baik, tetap jahat.
07.
Ular berlingkur di gulung tikar (ppt)
Orang menyamar dalam kumpulan orang-orang baik.
08.
Ular bukan, ikan pun bukan (ppt)
Belum dapat dipastikan buruk baiknya.
09.
Ular dipukul jangan mati, kayu pemukul jangan patah, tanah dipalu jangan lembang (ppt)
Menyelesaikan masalah dengan cara bijakana.
10.
Ular jangan mati, tanah jangan lekuk, buluh jangan pukah (ppt)
Menyelesaikan masalah dengan cara bijaksana.
11.
Ular menelan babi, cacing yang bengkak perutnya (ppt)
Dengki melihat orang lain berjaya.
12.
Sekerat ular, sekerat belut
Orang yang tidak teguh memegang kata-katanya (selalu berubah-ubah pendirian dsb.)
13.
Bagai ular dengan legundi
Perihal seseorang muda yang sangat lekat hatinya pada kekasihnya.
14.
Bagai ular dengan orang
Perhal dua orang bersaudara yang tidak mahu berkealan.
15.
Kerosok ular si rumpun bambu
Jangan takut akan ancaman orang.
16.
Macam ular kekenyangan
Perihal seseorang yang buncit (perutnya) dan kerana itu jalannya tidak betul.
17.
Melangkahi ular
Melakukan sesuatu yang sangat berbahaya.
18.
Naga ditelan ular lidi
Anak orang bangsawan berkahwin dengan orang kebanyakan.
19.
Sudah tampak kaki ular
Telah diketahui tingkah laku seseorang yang buruk (yang dahulunya tidak diketahui).
20.
Seperti ular kena palu, cengkeling bagai ular dipukul
a. geliang-geliut kerana kesakitan dan marah.
b.  bengkang-bengkok tidak beraturan (spt jalan atau jahitan yang tidak lurus).

No comments: