Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Monday, October 17, 2016

Sajak - BAHASA





BAHASA
(...bersempena dengan BBK 2016)

bahasa
membesarkan aku
di buana kehidupan
bahasa
membestarikan aku
di buana keilmuan
bahasa
mencendekiakan aku
di buana keguruan
bahasa
membitarakan aku
di buana kebahasaan
bahasa
mendewasakan aku
di buana kesusasteraan
bahasa
memanusiakan aku
di buana keinsanan
di buana kebangsaan

dirgahayu bahasaku
bahasa jiwa bangsaku!

Chai Loon Guan,

No comments: