Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Monday, October 3, 2016

AYAT MAJMUK BM (Latihan Pengukuhan dan Pengayaan PT3 dan SPM)



Kenal pasti dan namakan jenis AYAT MAJMUK yang berikut:

Bil.
Ayat Majmuk
Jenis Ayat Majmuk
01.
Murid itu bernyanyi sambil menari.

02.
Bangunan yang tinggi itu sangat cantik.

03.
Samy menyatakan bahawa dia akan pulang esok.

04.
Kami ke sekolah dengan menaiki bas.

05.
Azrul dan Kumar membaca karangan yang ditulis oleh Wong.

06.
Dia ke sekolah manakala abangnya yang sakit itu ke klinik.

07.
Apabila saya melompat, lutut saya sakit.

08.
Mereka menyedari bahawa pasukan lawan sangat kuat.

09.
Shamsul ialah anak petani yang cemerlang dalam peperiksaan PT3.

10.
Pulau peranginan itu sangat cantik tetapi tidak dijaga.

11.
Mei Leng dan Dewi murid SMK Methodist, Tanjong Malim.

12.
Filem yang ditayangkan itu sangat hebat.

13.
Untuk mereka menjawab soalan itu sangat sukar.

14.
Ayah melakukan pelbagai pekerjaan untuk meningkatkan pendapatan.

15.
Setelah hujan berhenti, kami segera ke sekolah kerana kelewatan.

16.
Mutu dan Ah Seng menyatakan bahawa buku latihan mereka telah hilang petang semalam.

17.
Badan kita akan kurus jika menghidap penyakit itu.

18.
Kami meramalkan bahawa banjir besar akan berlaku lagi.

19.
Kereta yang dinaiki oleh mereka kemalangan.

20.
Dia masuk ke dalam dewan itu lalu duduk di barisan hadapan.


·        Tatabahasa Dewan (SR) Binaan Ayat, DBP, 2013.
·        Chai Loon Guan, MD (Bahasa), DBP, Kuala Lumpur.

No comments: