Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Sunday, September 18, 2016

Sajak - KANANG ANAK LANGKAU




KANANG ANAK LANGKAU
(1945 – 2013)

kautinggalkan
dunia ketenteraan
dalam kerlipan
bintang bergemerlapan
di dada cakerawala
nusa bangsa
tersohor namamu
mewangi
di kebun bakti
di kebun budi

Kanang Anak Langkau
anak jati Julau
Sarawak, bumi kenyalang
gah megah
iltizam jasamu
di medan perjuangan
musuh durjana kaubanteras
petualang kauberantas
pengkhianat kaucantas
kautumpaskan
gerombolan pengganas
nyawa kaupertaruh
demi kedaulatan
demi kebebasan
demi keamanan
demi kemakmuran
demi kemerdekaan
ibu pertiwi

Kanang Anak Langkau
Datuk Temenggong
Seri Pahlawan Gagah Perkasa
Panglima Gagah Berani
Panglima Gemilang Bintang Kenyalang
keberanianmu
keperkasaanmu
keperwiraanmu
kesetiaanmu
bagaikan api obor
tekal menerangi
jati diri
jiwa raga
anak-anak watan tercinta

Kanang Anak Langkau
putera Rejimen Renjer Diraja
gagah perkasa
di bumi makmur
kau ikon pahlawan
kau pejuang terbilang
kau wirawan
nusa bangsa gemilang

belasungkawa
Kanang Anak Langkau
agi hidup agi ngelaban!

Chai Loon Guan,
MES Tg.Malim.

No comments: