Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Monday, September 19, 2016

Latihan Sintaksis BM



LATIHAN SINTAKSIS
Betulkan ayat-ayat yang berikut:
1.       Dikau harus berjanji kepadaku.
2.       Mereka-mereka itu kawan-kawan saya.
3.       Ini pisau sangat tajam.
4.       Budak itu yang melakukan kesalahan telah didenda.
5.       Buku ini yang saya pinjam daripada Siva telah koyak.
6.       Apa yang diceritakannya itu tidak benar.
7.       Siapa yang menceroboh akan didakwa.
8.       Mana yang tidak baik jangan diturut.
9.       Berabad telah berlalu.
10.     Setengah orang tidak suka akan ikan tawar.
11.     Saya menunggunya selama dua suku jam.
12.     Kami menghadiahkan guru sejambak bunga.
13.     Pasukan Melaka bertemu pasukan Sabah pada malam ini.
14.     Balan sudah berpindah di Kajang.
15.     Sikapnya yang kasar itu meninggalkan kesan yang buruk ke atas adiknya.
16.     Dia senyum kepada saya.
17.     Amin tendang bola itu.
18.     Mereka juga ke sana.
19.     Jika sekiranya saya terlupa, tolong ingatkan saya.
20.     Indah itu bahasa.
(Sumber: Petunjuk Tatabahasa BM, Asraf, Sasbadi, 2007) 

No comments: