Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Tuesday, September 6, 2016

Analisis Kosa Kata BM - Bahagian I



Analisis Kosa Kata BM
Kosa Kata
Makna
Karma
Semua perbuatan manusia sewaktu hidupnya di dunia, sumpah
Kurma
Sejenis tumbuhan (palma) yang buahnya manis dan boleh dimakan (Phoenix Dactylifera)

Analisis Kosa Kata BM
Kosa Kata
Makna
Kerenah
Ragam, tingkah laku, kemahuan
karenah
Alamat, bukti, tanda

Analisis Kosa Kata BM
Kosa Kata
Makna
Mujarab
Telah terbukti keberkesanannya seperti dapat menyembuhkan penyakit
Mujarad
Tidak nampak dan tidak dapat dirasa, abstrak

Analisis Kosa Kata BM
Kosa Kata
Makna
Berlibur
Bercuti, beristirahat
Berhibur
Berbuat sesuatu utnuk menghiburkan/menyenangkan hati

Analisis Kosa Kata BM
Kosa Kata
Makna
Pancaroba
Pertukaran atau peralihan musim, keadaan yang kacau (tidak tentu arah)
Pancarona
Bermacam-macam warna, pancawarna

Analisis Kosa Kata BM
Kosa Kata
Makna
Omel
Marah dan merepek, bersungut-sungut, menggerutu
e-mel
Maklumat, mesej dsb. yang dihantarkan secara elektronik dari satu terminal komputer ke terminal komputer yang lain

Analisis Kosa Kata BM
Kosa Kata
Makna
Ngeri
Berasa takut, meremang, seram
Negeri
Daerah tempat tinggal (kampung, negara)

Analisis Kosa Kata BM
Kosa Kata
Makna
Nyiur
Sejenis tumbuhan (palma dan buahnya), kelapa
Nyiru
Sejenis alat (yang dianyam daripada bilah, rotan) untuk menampi beras

Analisis Kosa Kata BM
Kosa Kata
Makna
Nyenyak
Tidak sedar apa-apa (ketika lelap, tidur), lena, nyedar
Nyenyek
Lembik (kuih, buah-buahan), lunak

No comments: