Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Sunday, September 11, 2016

Analisis Kosa Kata BM II



Analisis Kosa Kata BM - Bahagian II
Kosa Kata
Makna
Ruwat
Tidak keruan, kacau, kalut, rumit, sulit, ruwet
Rawat
Pulih kembali seperti sediakala, kembali kepada keadaan asal

Analisis Kosa Kata BM
Kosa Kata
Makna
Derek
Baris, deret
Derik
Bunyi seperti bunyi papan bersanggit, menara yang dibina di atas telaga minyak yang digunakan untuk menaikkan atau menurunkan gerudi

Analisis Kosa Kata BM
Kosa Kata
Makna
Berbau
Mempunyai bau (busuk), mengeluarkan bau (busuk)
Berbaur
Beraduk, bercampur, bergaul, berkahwin, bersifat

Analisis Kosa Kata BM
Kosa Kata
Makna
Sengkela
Sengkang kaki, belenggu, pasung, penyakit kulit atau gatal-gatal pada buah kemaluan
Sengketa
Telingkah, gaduh, selisih, tentang, tikai

Analisis Kosa Kata BM
Kosa Kata
Makna
Tukun
Batu di laut yang tidak kelihatan (berbahaya untuk kapal), batu karang
Tekun
Rajin dan usaha (melakukan sesuatu, bersungguh-sungguh, tabah hati, keras hati

Analisis Kosa Kata BM
Kosa Kata
Makna
Singgah
Berhenti sebentar di suatu tempat (dalam perjalanan), mampir
Sanggah
Membantah, menyangkal, melawan, menentang

Analisis Kosa Kata BM
Kosa Kata
Makna
Siram
Mandi (bersiram), mencurahkan air, mendirus, menjirus (menyiram)
Silam
Gelap, kelam, suram, sudah terbenam matahari, telah lampau (lalu)

Analisis Kosa Kata BM
Kosa Kata
Makna
Tinggal
Diam, menetap, terus berada di, masih ada, yang ada lagi, terkebelakang
Tanggal
Terlepas dari tempatnya lalu jatuh atau gugur, lucut, luruh (daun), terkelupas, sejenis hantu yang tidak berkepala, bilangan yang menyatakan hari keberapa dalam bulan tertentu, tarikh, hari bulan



No comments: