Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Monday, September 19, 2016

Analisis Kosa Kata BM - Bahagian IV



Analisis Kosa Kata BM - Bahagian IV
Kosa Kata
Makna
Pusaka
Harta benda yang ditinggalkan oleh orang yang telah meninggal (untuk diwarisi oleh keluarganya), warisan
Pustaka
Kitab, buku, kitab ramalan, perimbon, kumpulan atur cara, rutin, bangunan yang mengumpulkan buku-buku (untuk bacaan)

Analisis Kosa Kata BM
Kosa Kata
Makna
Uar-uar
Pengumuman yang dibuat dengan meneriakkannya kuat-kuat
Waswas
(perasaan) sangsi, curiga, khuatir, sangkaan buruk, godaan batin

Analisis Kosa Kata BM
Kosa Kata
Makna
Denda
Hukuman berupa wang, sejumlah wang yang (mesti) dibayar (kerana telah melakukan sesuatu kesalahan), hukuman
Benda
Barang, harta, jasad, hal, peristiwa, kejadian

Analisis Kosa Kata BM
Kosa Kata
Makna
Waspada
Tidak cuai, berawas-awas, berhati-hati
Wasangka
Syak dan sangka, curiga, khuatir, kebimbangan hati

Analisis Kosa Kata BM
Kosa Kata
Makna
Duda
Lelaki yang kematian isterinya atau sudah bercerai daripada isterinya
Dada
Bahagian tubuh yang di hadapan terletak di antara perut dengan leher

Analisis Kosa Kata BM
Kosa Kata
Makna
Cergas
Bertenaga dan giat, aktif, pantas, cepat
Cerdas
Sempurna akal (untuk berfikir, mengerti), cerdik, pandai, pintar

Analisis Kosa Kata BM
Kosa Kata
Makna
Mapan
Tidak berubah-ubah (sudah diterima umum), mantap, sudah kukuh (kedudukannya), tidak goyah
Mampan
Mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang  baik (berkenaan ekonomi, pembangunan)

Analisis Kosa Kata BM
Kosa Kata
Makna
Rendang
Goreng, sejenis lauk yang dibuat daripada daging yang dirempah-rempahi, rendah dan banyak daun serta cabangnya
Dendang
Burung, gagak, nyanyian untuk bersuka-suka atau menghiburkan hati

No comments: