Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Friday, July 15, 2016

Sajak - SI PENJUAL MOI




SI PENJUAL MOI

dia, si penjual moi
dasawarsa demi dasawarsa
menjaja hidup
dari lorong pramerdeka
ke premis pascamerdeka
sebuah kota
di Pulau Mutiara

demikanlah hidupnya
setiap dinihari
bingkas ia daripada mimpi lena
cekal tabah
menyediakan bahan sarapan
aneka ramuan moi
ikan goreng, telur itik masin
sayur-mayur, ikan masin
semangkuk demi semangkuk
beratur pelanggan saban hari
di premis bangku kayu

melewati senja usia
sesekali terlakar hasrat ia
si penjual moi
mahu dijaja premis
yang pernah membesarkan
anak-anak
berkerjaya berkeluarga
kaya asam garam kehidupan
di buana kenangan

orang tua itu,
si penjual moi tersohor
dari Weld Quay, 1938
ke pasar Sia Boey
(“Town’s End” dalam bahasa Hokkien), 1950-an
berpindah premis
ke Macallum Street Ghaut, 2010
sebelum menetap di Cecil Street
Pulau Mutiara!

Chai Loon Guan,
Daerah Muallim.

No comments: