Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Friday, June 10, 2016

Sajak - Seniman Agung P.Ramlee




Belasungkawa
Seniman Agung P. Ramlee

Puteh Ramlee
@Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh
diputerakan di Pulau Pinang
22 Mac 1929
berpendidikan awal
di Sekolah Melayu Kampung Jawa
Penang Free School
seni muzik ditekuni
bersama pancaragam "Teruna Kampung"
dinobatkan juara Pulau Pinang - Seberang Perai
dengan lagu "Keroncong Oh Suci"
1947
kian terserlah bintangmu
sebagai penyanyi dan pelakon
filem Shaw Brothers, Chinta
arahan B.S.Rajhans

1948 - 1955
27 buah filem dalam lakonan
sebelum bergelar pengarah filem
Penarek Becha (1955)
Best Male Lead Role
Festival Filem Asia ke-4, Tokyo
Sumpah Orang Minyak
Pendekar Bujang Lapok
Filem Komedi Terbaik
Pesta Filem Asia ke-6, Kuala Lumpur (1959)
Most Versatile Talent
Festival Filem Asia ke-10, Tokyo
Nujum Pak Belalang
Anugerah Khas Festival Filem Dunia, Paris (1965)
Ibu Mertuaku
sebelum berhijrah ke Studio Merdeka
Hulu Kelang

29 April 1973
kembali ke rahmatullah
dek serangan jantung
atas jasa iltizam
P. Ramlee dianugerahi AMN, DPSM
Datuk Amar Bintang Kenyalang
penyanyi, penulis lirik
penggubah lagu, penulis skrip
pelakon, pelawak
pengarah filem, penerbit berwibawa
yang patah tumbuh
yang hilang sukar dicari ganti
filem lakonan
Puteh Ramlee@P.Ramlee
Anakku Sazali, Semerah Padi
Bujang Lapok, Dua Darjat, Labu-labi
lagu nyanyian
Puteh Ramlee@P.Ramlee
Azizah, Bunyi Gitar, Anakku Sazali
Getaran Jiwa, Di Mana Kan Kucari Ganti
segar bugar
di persada seni tanah air
malar hijau
di persada seni nusantara

belasungkawa P. Ramlee
Seniman Agung
nusa bangsa
dekad-berdekad
zaman-berzaman!

Chai Loon Guan,
Sarang Art Hub, Tg. Malim.

No comments: