Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Monday, June 13, 2016

Sajak - AKSARA INSAN




AKSARA INSAN

diukir aksara insan
penuh kasih
penuh cinta
tertib bicara bahasa
daripada kata fikir
frasa sahsiah yang berbudaya
digaul falsafah insaniah
sebelum diadun penuh santun
nilai rohaniah
terciptalah klausa indah
menggugah minda warga cendekia
dalam sintaksis makna
terserlahlah roh keinsanan
terserlahlah wibawa keintelektualan
untuk ditafsir
penuh insaf taqwa
tanpa belenggu curiga
tanpa syak-wasangka

zat ilmu
yang tersurat yang tersirat
perlu kita telaahi
perlu kita nikmati
perlu kita hayati
dalam tertib
dalam insaf
baris demi baris
perenggan demi perenggan
dalam simpang-siur
wacana kehidupan insan
yang sering berteka-teki
di sarwajagat kehidupan!

Chai Loon Guan,
Sarang Art Hub, Tg. Malim.
(Mingguan Malaysia - 24 Julai 2016)

No comments: