Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Tuesday, May 3, 2016

Sajak - Belasungkawa PM Dr. Othman Puteh



Belasungkawa Profesor Madya Dr. Othman Puteh
(5 Januari 1944 - 19 Oktober 2003)

Kampung Pantai
Kuala Sungai Baru, Melaka
saksi kelahiran
seorang putera susastera bangsa
Othman Puteh@Rothman Melaka
nama pena
Othman bin Puteh

daripada Federation of Malaya Certificate
St. Francis Institution
Othman Puteh
menjadi anak kandung
Suluh Budiman
MPSI Tanjong Malim (1965)
bergelarlah, Othman
seorang munsyi di kampung halaman
sebelum memperoleh
Ijazah Sarjana Muda (1977)
Ijazah Sarjana (1981)
Ijazah Doktor Falsafah (1992)
Universiti Kebangsaan Malaysia

pernah dilantik sebagai pensyarah
Profesor Madya
Jabatan Persuratan Melayu, UKM
pensyarah kreatif
Akademi Seni Melaka
Akademi Seni Kebangsaan
Kuala Lumpur

Othman Puteh
pelopor susastera
kanak-kanak - remaja
sejak 1960-an
cerpenis novelis
penyelenggara antologi
panel penilai novel

masih kuingat
antologi cerpen Othman Puteh
Dunia Belum Berakhir (1980)
Jabar Anak Nelayan (1981)
Matra, Tasik dan Laut (1984)
Mimpi Paduka (1984)
Tun Fatimah (1986)
Debu Hiroshima (1987)
Munajat Di Perkebunan (1990)
Terminal Tiga (1997)
366 Cerita Rakyat Malaysia (2010)

Othman Puteh
penulis prolifik
pemenang Hadiah Sastera (1974)
penerima Anugerah
SEA Write Award (1998)
sebelum kembali kepada-Nya
19 Oktober 2003

belasungkawa, Othman Puteh
idola penulis remaja
yang berjasa
ikon penulis nusa bangsa
yang berwibawa!

Chai Loon Guan,
Reruai DBP, PBAKL MAEPS Serdang.

No comments: