Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Tuesday, May 3, 2016

Prosa Klasik - Pelanduk Mengajar Memerang







Prosa Klasik
PELANDUK MENGAJAR MEMERANG
Sinopsis
           
Nabi Allah Sulaiman mempunyai lima orang perdana menteri, iaitu manusia, jin ifrit, unggas, landak dan pelanduk. Perdana Menteri paling bijak ialah pelanduk yang bergelar Syah Alam di Rimba (SAR). Pada suatu hari, Syah Alam di Rimba (SAR) terjumpa akan lubang memerang dengan tujuh ekor anak yang ditinggalkan oleh ibu bapa yang keluar mencari ikan. Kebetulan pula Sang Bubut memukul gendang perang, lalu Syah Alam di Rimba (SAR) membuka pencak silat sehingga terpijak akan semua anak memerang hingga mati belaka. Apabila ibu bapa memerang balik, mereka mengenali bekas tapak kaki Syah Alam di Rimba (SAR), lantas berpakat untuk menghadap Nabi Sulaiman.
            Berdasarkan aduan memerang, Nabi Sulaiman menitahkan belatuk memanggil Syah Alam di Rimba (SAR) menghadap, lalu ditanyakan motif tindakan itu. Syah Alam di Rimba (SAR) menjelaskan bahawa dia menyangka Sang Bubut memukul gendang perang, maka secara tidak sengaja dia terpijak  akan anak memerang. Sang Bubut yang dipanggil memberitahu bahawa dia melihat biawak berlari-lari sambil membawa pedang terhunus. Sang biawak pula memberitahu dia melihat labi-labi berenang secara senget sambil membawa perisai. Sang labi-labi melihat Sang Udang membawa tombak bercanggah. Sang udang berbuat demikian kerana melihat Sang Seberau mudik berikat pinggang melengkung.
            Sang Seberau memaklum sembah kepada Nabi Sulaiman perihal anak bininya dianiaya oleh Sang Memerang. Baginda murka terhadap memerang yang akhirnya mengaku salah. Nabi Sulaiman membuat keputusan bahawa tindakan Syah Alam di Rimba (SAR) sebagai diat (nyawa dobalas nyawa) dan pesalah sebenar ialah memerang.

Tema:
Balasan terhadap golongan yang menganiayai golongan lain, yakni kisah memerang yang menganiayai anak-anak Sang Sebarau. Sebagai balasan dan takdir Tuhan, anak-anak Sang Memerang sendiri terbunuh selepas dipijak oleh Syah Alam di Rimba (SAR) ketika bersilat sewaktu terdengar akan bunyi paluan gendang perang oleh Sang Bubut.

Persoalan:
a. Sikap tamak yang mahu mendapatkan sesuatu.
b. Pengaduan yang dilakukan kepada pihak yang berkuasa.
c. Pengadilan memerlukan saksi dan bercakap benar.
d. Kebijaksanaan untuk menyelesaikan masalah.
e. Mengakui kesalahan.


No comments: