Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Tuesday, April 5, 2016

Sajak - TELUK INTAN



TELUK INTAN

melewati daerahmu, Teluk Intan
dapat kutatapi sejarah silam
Teluk Mak Intan
peniagawati Mandailing
Teluk Anson
Sir Archibald Edward Harbord Anson (1882)
sebelum pengisytiharanmu, Teluk Intan (1982)

kususuri Sungai Perak
dapat kutelaah kisah sejarah
Raja Muzaffar Shah (1511)
bertakhta di tebingmu, Sungai Perak
Teluk Intan
sebelum berpindah ke Kuala Kangsar
lewat abad kesembilan belas

di sinilah
Durian Sebatang
Pasir Bedamar
Batak Rabit
Teluk Intan
sebuah pelabuhan
eksport-mengeksport bijih
hasil pertanian
hadir kereta api
mengeratkan silaturahim
pekan berjiran, Tapah

di sinilah
Durian Sebatang
termaktubnya pertemuan
Raja Abdullah
Dato' Maharajalela
wakil pembesar
sebelum terbunuhnya J.W.W. Birch
Residen Inggeris
di bumi Pasir Salak

di sinilah
Malayan Races Liberation Army
menyerah kalah, 1958
menamatkan Zaman Darurat
di daerahmu, Hilir Perak

membangun Teluk Intan
membangunkan pekan berjiran
Tapah
Bidor
Bagan Datoh
Hutan Melintang
hadir lebuh raya persisiran pantai
Kelang - Sabak Bernam (1999)
sawit Sime Darby
kompleks ekonomi
Batu Tenggek
Istana Raja Muda
Tokong Hock Soon
Kuil Sri Subramaniam
Hentian Sungai Kerawai (1888)
pemangkin kemajuan
denyut nadi pembangunan
Teluk Intan

mi rebus
nasi kandar
sate
rojak
Heong Peah
kuetiau
laksa basikal
Menara Condong
menambahserikan rinduku padamu, Teluk Intan
yang pasti namamu
meniti di bibir wisatawan
sejarah silammu
ilham ribuan seniman
unik warisan seni budayamu
suri teladan kehidupan
muhibah hidup anak watan
zaman-berzaman!

Chai Loon Guan,
UPSI Tg. Malim.


No comments: