Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Monday, April 11, 2016

Sajak - SUNGAI SIPUT




SUNGAI SIPUT

daripada siput
anak sungai
Masjid India
lahir namamu, Sungai Siput

Kuala Kangsar - Salak Utara - Kantan
hadirmu, ladang-ladang getah
di sinilah, Zaman Darurat (1948 - 1960)
berkubur dalam keganasan PKM
Jalong - Lintang - Lasah
dihitamkan hitam
suram

kini, Sungai Siput
membangun pesat
sebaris pejabat kerajaan
kilang kacang
ladang getah - Infoternak
Gua Kelawar
Kuala Mu
perkampungan orang Asli
Lata Gerik - Sungai Durian
bersempadankan Hulu Perak
di Utara
bersempadankan Kinta
di Selatan
bersempadankan Kelantan
di Timur
bersempadankan Kuala Kangsar
di Barat
Sungai Siput
aman makmur menuju wawasan
maju harmoni menuju pembangunan
di bumi warisan Perak Darul Ridzuan!

Chai Loon Guan,
Karyawan Perak.

No comments: