Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Saturday, April 23, 2016

Sajak - Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Khoo Kay Kim



Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Khoo Kay Kim
(anak watan Kampar)

beliau, anak jati Kampar
bergelar sarjana terulung
sejarawan
Profesor Emeritus
Tan Sri Dato' Dr. Khoo Kay Kim
28 Mac 1937
penggemar filem P.Ramlee, Penarik Beca
pencinta lagu P.Ramlee, Azizah
"putih kulitmu, pandang tak jemu,
manis senyummu, mulia hatimu"
ceritera bangsawan
lirik lelagu, sahabat dan pergaulan
mendewasakan diri
di buana bahasa
dan susastera Melayu

Khoo Kay Kim
anak sulung tiga beradik
bersekolah Cina Anglow (Horley Methodist School)
Teluk Intan (1946)
St. Michael, Ipoh
Universiti Malaya Singapura (1956 - 1960)
alumni beliau
sebelum bergelar tutor (1966)
pensyarah
Profesor Madya
Profesor Sejarah
Profesor Emeritus Universiti Malaya (2001)

biarpun sudah meniti
dunia persaraan rasmi (1992)
Khoo Kay Kim
wangi ilmu bitara jasamu
masih beraroma
di taman cendekia
masih berseri
di kebun bakti
buku ilmiah rencana akademik
kisah sejarah dunia wacana nusa
Perlembagaan
Rukun Negara
negara bangsa
ditelusuri penuh azam
didalami penuh iltizam
selagi hayat dikandung badan

Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Khoo Kay Kim
anak watan Kampar
ilmuan nusa bangsa
sejarawan tersohor nusantara
dirgahayu,
sarjanaku cemerlang
sarjanaku terbilang!

Chai Loon Guan,
Daerah Muallim.



No comments: