Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Sunday, April 17, 2016

Sajak - MUALLIM II




MUALLIM II
1
Tanjong Malim

dari selatan Perak Darul Ridzuan
bersempadankan Selangor Darul Ehsan
utara Sungai Bernam
Tanjong Malim
menghubungkan Kuala Lumpur - Ipoh
Jalan Persekutuan
Lebuhraya Utara Selatan
kereta api - ETS

2
UPSI

tersergam indah
Muzium Pendidikan UPSI
institusi pendidikan terulung
khazanah nusa bangsa
ilham nasionalisme
memantapkan patriotisme
anak-anak bangsa
SITC - MPSI - IPSI - UPSI 
notelun sejarah
R.O. Winstedt
Pendeta Za'ba
anak kandung Suluh Budiman
Tun Abdul Ghafar Baba
Tun Abdul Rahman Abbas
Tan Sri Awang Had Salleh
Sasterawan Negara Kemala
Sasterawan Negara Shahnon Ahmad
ikon kebanggaan
ikon suri teladan
3
Proton City

kota masa depan
kilang automobil Proton
landskapmu, Taman Tasik Embayu
manifestasi alam
di kaki Banjaran Titiwangsa
rekreasi anak-anak bangsa
riadah anak-anak Titiwangsa

4
Behrang Hulu

Kampung Sungai Sekiah
Sungai Dara, Sungai Keroh, Sungai Behrang
Sungai Perabu, Sungai Perangin, Sungai Jerenang
ladang getah
kebun buah
petai
rezeki anak watan
menelusuri kemajuan
dekad demi dekad
Mendailing, Minang, Selayang
Rokan, Kampar, Rawa
Cina, India
orang Asli
Kampung Chinggong
Kampung Chinaen
menghidupkan Behrang Hulu
aman makmur
dibangunkan Institut Tanah dan Ukur Negara
INSTUN

5
Slim River

sungai sempit
Kampung Slim
Kampung Kuala Slim
Kampung Balun
Kampung Jaya
pernah bertempur
British - Jepun
Tamoyuki Yamashita - David Murray Lyon
A.E. Percival dan Lewis Heath
namamu meniti
di bibir atlet lasak
kayak-mengayak di kali deras
bertemankan alir melodi lata Sungai Bil

Muallimku,
tanah subur
tanah makmur
menuntun anak-anak Titiwangsa
menangani cabaran
menelusuri kehidupan
zaman-berzaman!

Chai Loon Guan,
Tg. Malim.

No comments: