Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Friday, April 1, 2016

Sajak - KARAI



KARAI
(Daerah Kuala Kangsar)

mengimbau sejarahmu, Karai
pokok hutan spesies Annonoceoce
legenda Tok Karai
perasmian Victoria Bridge - Jambatan Enggor
Sultan Idris Mursyidul Azam Shah I - Sir Frank Swettenham
21 Mac 1900
mendekatkan aku
dengan ceritera British
lombong arang batu Hok Hin Hoh
ladang getah
jaringan pengangkutan
pemangkin ekonomi
sebuah pekan
antara bandar moden
era penjajah
di Malaya
di Singapura

Sesekali Victoria Bridge
kereta api
Federated Malay States Railway
penghubung
Kota Lama Kiri - Kota Lama Kanan
Malaya - Singapura
era konfrontasi, 1963 - 1965
kuih Kundas gulai Kemahang
rakyat marhaen
pasar hari pasar malam
masyarakat muhibah
mengingatkan aku, musafir hidup
jauhi lupa daratan
bersyukur atas nikmat Tuhan!

Chai Loon Guan,
Daerah Muallim.


No comments: