Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Sunday, April 24, 2016

Sajak Belasungkawa - TSD Prof. Emeritus Dr. Awang Had Salleh



Belasungkawa
Tan Sri Dato' Profesor Emeritus Dr. Awang Had Salleh
(24 Jun 1934 - 1 Julai 2013)

tercatat sejarah
lahir seorang putera bangsa
Kampung Bagan Pulau Betong
Mukim Balik Pulau, Pulau Pinang
Awang Had Salleh
bersekolah Melayu Seberang Perak - Sungai Korok
Kolej Sultan Abdul Hamid
MPSI, Tg. Malim (1951)
Universiti Malaya (1961 - 1964)
guru bahasa kebangsaan
penolong pensyarah
Maktab Perguruan Bahasa (1964)
Universiti Malaya (1974)
berijazah kedoktoran
Universiti Standford California (1969 - 1972)
Universiti Lancaster United Kingdom

Awang Had Salleh
bergelar munsyi
Profesor Emeritus
sebelum dilantik
sebagai Timbalan Naib Canselor HEP Unversiti Malaya
Naib Canselor UKM - UUM
Felo Institut Kajian Strategik dan Dasar (ISIS)
Pro-Canselor UPSI (1996 - 2013)

Awang Had Salleh
bahasawan
budayawan
sasterawan
cendekiawan
bitara ilmu, ia
terampil berwawasan
cendekia budi, ia
cemerlang di persada pendidikan
hadir sebutir bintang
yang berkerlipan
di cakerawala perguruan
cahaya pelita
yang menyinari
buana kesarjanaan
buana kemanusiaan
insan yang bertakwa
berbudaya tinggi
di kebun ilmu
insan yang bitara
beriman di sarwajagat insan

Awang Had Salleh
tokoh cendekia nusa bangsa
ilmuan anak watan
khalifah penyumbang zaman
zaman-berzaman!

Chai Loon Guan,
Daerah Muallim.

No comments: