Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Wednesday, March 30, 2016

Sajak - PAPAN



PAPAN

abad ke-19
menyaksikan kehadiranmu, Papan
antara simpang Pusing - Ipoh
pekan perlombongan bijih timah tertua
Lembah Kinta
pemangkin sosioekonomi
penduduk era penjajah
selain Batu Gajah - Gopeng

seperti catatan Jacques de Morgan
asal Papan
kawasan pembalakan kayu cengal
Ka' Pan, papan bermutu
seperti catatan J.W.W Birch
Papan
pekan lombong pertama
dipelopori Sultan Ismail
dari Blanja ke Pengkalan Pegoh
sebelum diserahkan kepada Raja Asal
putera Mandailing, Sumatera (1877)
oleh Frank Swettenham
·        Raja Bilah (1877 - 1909)
·        Raja Ya'qub (1909 - 1931)
·        Raja Shahariman (1932 - 1942)

di sinilah, Papan
sejarah pentadbiran Melayu - Mandailing
ditelusuri daya usaha
komuniti Cina Hakka
membangunkan ekonomi
memajukan desa
menjadi pekan makmur
Kampung Kong Mui
diiktiraf Cecil Clementi Smith,
Gabenor Straits Settlement

Papan
dinaungi jajaran tanah tinggi
Gunung Hijau - Hutan Simpan Kledang Saiong
Papan
diwarnai kegiatan kongsi
dalam suka duka kuasa
Nippon dan gerila

hari ini,
hanya tinggal notelun sejarah,
Papan
wargamu kian kurang
deretan kedai tuamu kian usang
namamu kian hilang
ditelan zaman
landskapmu
Tokong Kun Yam Miu (1847)
Masjid Papan (1888)
Galeri Sybil Kathigasu
Taman Herba dan Hutan Simpan Lipur
dipagari rimbunan samanea saman
pokok-pokok hujan
pohon-pohon kenangan!

Chai Loon Guan,
Daerah Muallim.

No comments: