Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Wednesday, January 13, 2016

Sajak - DAERAH MUALIM



Sajak -
MUALIM


perkampungan ini
Kampung Hulu, Kampung Kubu
Tanjung Jambu
tanah warisan
anak watan

hadirmu
Tanjung Mualim - Tanjong Malim
menotelunkan permudikan Sungai Bernam
Tuan List - Raja Itam
1879
terlakar sudah sejarah
11 Januari 2016
lahirmu, Daerah Mualim
atas perkenan
DYMM Paduka Seri Sultan
Perak Darul Ridzuan

Mualim
daerah guru, ilmuan agama
daerah anak Titiwangsa
di sinilah, lahirnya
wira serikandi nusa
menegakkan panji-panji perjuangan
di sinilah, lahirnya
cendekiawan bitara
membijakkan anak-anak bangsa
di sinilah, lahirnya
umarak rakyat
memerdekakan tanah air tercinta

membangun pesat, Mualim
seiring kebitaraan UPSI, Proton City,
1Malaysia Youth City
Sarang Art Hub, Politeknik Sultan Azlan Shah
INSTUN, Kolej Vokasional, Hospital Daerah
Tasik Embayu, Sungai Bil, Teratak Riverview
pau Yik Mun, nasi lemak Haji Zainal
sate Slim Village, tose, e-Place
Restoran E & L, nasi beriani
prasarana demi prasarana
mendepani zaman
mendepani wawasan
mendepani cabaran
sifar dadah
sifar rasuah
sifar jenayah
tanah subur
aman makmur
maju jaya modal insan
maju jaya pembangunan watan
ada rumah mampu dilihat
ada rumah mampu dimilik
tiada yang terpinggir
tiada yang tercicir
demi bangsa yang berdaulat
demi nusa yang bermartabat
dirgahayu, Mualim
Mukim Slim
Mukim Hulu Bernam Barat
Mukim Hulu Bernam Timur
dirgahayu, tanah tumpah darahku!

Chai Loon Guan,
Dewan Seri Tanjong,
MDTM.

No comments: