Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Saturday, December 31, 2016



Sajak - AYUH!



AYUH!
(Selamat Tinggal 2016. Selamat Datang 2017!)

ayuh
kita tautkan silaturahim
pererat persaudaraan
arkibkan sejarah hitam
pengalaman mendewasakan
insan
bangkit kita
menghadirkan usaha
tanpa putus asa
merealisasikan impian
tanpa kecewa
ayuh
kita bina tahun baharu
penuh azam
kita bina tahun baharu
penuh iltizam
tanpa luka
tanpa dosa

tahun baharu
bertambah usia kita
mematangkan akal budi
tanpa hasad dengki
mendewasakan kehidupan
tanpa api kelahi
ayuh
kita depani wawasan
penuh harapan
di buana kemanusiaan
kita persubur tanah muhibah
dengan nilai muhasabah
dengan cinta musyawarah
di buana kehidupan

ayuh
kita majukan tanah air bertuah
berakarkan amanah
bertonggakkan ibadah
penuh iman
tanpa curiga
kukuh silaturahim
tanpa sengketa
di rumah kemakmuran
di rumah kebahagiaan
di rumah keinsanan!

Chai Loon Guan,
Daerah Muallim.
31 Disember 2016.

(Sumber: SINAR HARIAN - 08 Januari 2017)

Wednesday, December 28, 2016

Kuala Lumpur International Airport2 - KLIA2


28 DISEMBER 2016, RABU:
Chai Loon Guan dan keluarga di KLIA2.


Kuala Lumpur International Airport - KLIA


27 DISEMBER 2016, SELASA:
Chai Loon Guan dan keluarga di KLIA.

Monday, December 26, 2016

ANUGERAH PENGGIAT BAHASA dan SUSASTERA MELAYU PERAK 2016

ANUGERAH PENGGIAT BAHASA DAN SUSASTERA MELAYU NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN - 2016
Terima kasih, DBP dan Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Bahasa Jiwa Bangsa.

ANUGERAH CITRA SAHABAT DBP 2016

ANUGERAH CITRA SAHABAT DBP - 2016
Terima kasih, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bahasa Jiwa Bangsa.

HADIAH KARYA DARUL RIDZUAN 2016

HADIAH KARYA DARUL RIDZUAN V - 2016
Terima kasih, Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Bahasa Jiwa Bangsa.

MAKALAH dalam MAJALAH DBP 2016

26 Disember 2016, Isnin:
CLG, makalah bahasa dan susastera BM serta majalah DBP sepanjang tahun 2016.
BAHASA JIWA BANGSA.

ANTOLOGI BAHASA DAN SUSASTERA MELAYU 2016


26 Disember 2016, Isnin:
CLG, karya bahasa dan susastera BM serta antologi sepanjang tahun 2016.
BAHASA JIWA BANGSA.



Sunday, December 25, 2016

Antologi Karya Darul Ridzuan - Perempuan Berambut Merah

Cerpen CLG, "RUMAH II" dalam Antologi Hadiah Karya Darul Ridzuan V, Perempuan Berambut Merah, terbitan YKKM, 2016.
(Sumber: Tn. Tabir Alam)

PELITA BAHASA JANUARI 2017

Makalah Chai Loon Guan, "Partikel '-kah, -lah dan -tah' dalam Bahasa Melayu" tersiar dalam PELITA BAHASA EDISI JANUARI 2017. Membaca Jambatan Ilmu. Ilmu Pelita Hidup.

Sajak - ROHINGYA

Sajak, "ROHINGYA" oleh Chai Loon Guan tersiar dalam akhbar perdana, MINGGUAN MALAYSIA pada 25 Disember 2016.

CENDERAMATA III

Hadiah buku, "BAHASA dan PEMIKIRAN MELAYU" oleh Datuk Hassan Ahmad daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai cenderamata ahli panel forum semasa berlangsungnya MUZAKARAH MUNSYI DEWAN MALAYSIA di Dewan Seminar Datuk Hassan Ahmad pada 6 - 7 Disember 2016. Terima kasih. BAHASA JIWA BANGSA.

CENDERAMATA II

Hadiah buku, Antologi Puisi "The Sea Wakes Up After You" daripada YBhg. Tn. Wang Tao (Pangkor) semasa berlangsungnya PULARA PANGKOR 7 di Pulau Pangkor pada 8 - 11 Disember 2016. Terima kasih.

CENDERAMATA I

Hadiah buku, Antologi Puisi Percikan Kembara daripada YBhg. Tn. Yatiman Yusof (Singapura) semasa berlangsungnya PULARA PANGKOR 7 di Pulau Pangkor pada 8 - 11 Disember 2016. Terima kasih.

Saturday, December 24, 2016

Selamat Pengantin Baharu

24 Disember 2016, Sabtu:
CLG dan isteri bergambar kenangan dengan pasangan pengantin (kedua-duanya anak murid CLG). Tahniah, En. Ryan Ang Chia Min dan Cik Carrol Chin Poh Shien!

Friday, December 23, 2016

Sajak - ENGKAU TIDAK BUTA, ANAKKU



ENGKAU TIDAK BUTA, ANAKKU!

biarpun
duniamu gelap-gelita
namun di sudut kalbu
tersimpan mulia
santun bicara
setulus ikhlas hati
bantu-membantu
Atan dan Raju
sandar-menyandar
Ah Seng dan Akiya
hormat-menghormati
Dave dan Bah Los
tanpa belenggu warna ras
teradun nilai persahabatan
harga persaudaraan
amal persefahaman
muhibah
meniti dunia kedewasaanmu
tahun demi tahun
anak-anak bangsa
harmoni bahagia
tanpa curiga
tanpa syak-wasangka

terima kasih
anak-anak bangsaku
biarpun dibelenggu kegelapan
namun nur keinsananmu
menghadirkan simpati empati
kasih-mengasihi
di buana silaturahim
suri teladan
insan alaf baharu
menelusuri titi kemanusiaan
menghayati puisi keharmonian
di sarwajagat kehidupan
yang kian kacau keliru
yang kian sasau ungu!

Chai Loon Guan,
Hotel Quality - ASWARA - Sentral Kuala Lumpur.

CATATAN URUSAN II - NANDO'S AEON RAWANG

CATATAN URUSAN II - NANDO'S AEON RAWANG
23 Disember 2016

TAKWIM KKB 2017

YB ADUN KKB - Sajak, "KKB" oleh Chai Loon Guan.

Thursday, December 22, 2016

CATATAN URUSAN I - KAFETERIA BLUE GARDEN

CATATAN URUSAN I - KAFETERIA BLUE GARDEN, TAMAN BERNAM BARU, TG. MALIM pada 22 DISEMBER 2016.


Makan tengah hari, CLG bersama dengan keluarga di Hotel Grand Kampar, Kampar sebelum pulang ke Tanjong Malim, Daerah Muallim, Kemudian, makan malam pula, CLG bersama dengan keluarga di Kafeteria Blue Garden, Taman Bernam Baru, Tanjong Malim, Daerah Muallim dan seterusnya berkesempatan untuk merakamkan gambar kenangan bersama dengan CHAI WUANG XING berlatarbelakangkan lukisan mural, "DOLFIN" oleh Cikgu Chai Wuang Shen, SJKC Chung Sin, Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.

Wednesday, December 21, 2016

DEWAN BUDAYA JANUARI 2017

Makalah, "ANGPAU dari PERSPEKTIF MASYARAKAT TIONGHOA" tersiar dalam majalah DEWAN BUDAYA, Edisi Januari 2017. Terima kasih, Editor DB, DBP. Bahasa Jiwa Bangsa.

MURAL

21 Disember 2016, Rabu:
CLG, Tn. Leon Leeàu, Cikgu Chai Wuang Shen (pelukis), panda dan alam bebuluh di Tanjong Malim, Daerah Muallim.

Tuesday, December 20, 2016

Malam Puisi Warisan ASWARA 2016

MALAM PUISI WARISAN - ASWARA 2016


MALAM PUISI WARISAN ASWARA 2016

CLG berpeluang untuk mendeklamasikan sajak, "ROHINGYA" bersempena dengan Malam Puisi Warisan anjuran ASWARA pada 19 Disember 2016. Bahasa Jiwa Bangsa.

Saturday, December 17, 2016

ANTOLOGI SAJAK - TELUK INTAN BANDAR MENARA CONDONG


Sajak-sajak Chai Loon Guan:
MENARA CONDONG, 
SINGGAH SEBENTAR DI TELUK INTAN dan TELUK INTAN

ANTOLOGI SAJAK - BAGAN DATOH BANDAR DI TEPI MUARA


 Sajak-sajak Chai Loon Guan:
BAGAN  DATOH

ANTOLOGI SAJAK - TANJONG MALIM BANDAR MUALLIM


Sajak-sajak Chai Loon Guan:
CERITERA SEBUAH TANJUNG, DAERAH MUALLIM,  SUNGAI BIL, 
 MUALLIM II, UPSI dan SUNGAI BERNAM - SUNGAI INKI

ANTOLOGI SAJAK - IPOH BANDAR RAYA GUNUNG


Sajak-sajak Chai Loon Guan:
DATUK PANGLIMA KINTA YUSUF, MASALA CHAI, 
 SIMFONI ORKESTRA IPOH dan THE HAVEN

ANTOLOGI SAJAK - TAIPING BANDAR TUA PERAK




Sajak-sajak Chai Loon Guan:
TAIPING, TAIPING II dan SAYANG KUALA SEPETANG

Thursday, December 15, 2016

LAPORAN HKDR V - PULARA PANGKOR 7

New Straits Times - 14 Disember 2016

MEMORI


MEMORI:
Pengalaman yang mendebarkan ketika berpuisi dan berdarmawisata dengan para penulis (tempatan dan antarabangsa) di atas kapal TLDM, KD Sri Indera Sakti bersempena dengan PULARA PANGKOR 7 pada 8 - 11 Disember 2016 di Pulau Pangkor.
(Sumber foto: Tn. Jain Mahmud II)

PULARA PANGKOR 7

PULARA PANGKOR 7 pada 8 - 11 Disember 2016 di Pulau Pangkor. 
 Bahasa Jiwa Bangsa.

MALAM PUISI WARISAN ASWARA 2016


Sajak - ROHINGYA




ROHINGYA

langitmu
masih hitam
dihitamkan noda curiga
rerona derita
bumimu
masih merah
dimerahkan darah
api sengketa
leluasanya kezaliman
terlukanya kemanusiaan
terbunuhnya keamanan
tanpa simpati
tanpa empati
di bumi manusia

Rohingya
mantera sestanza kubaca
daripada aksara insan
baris-baris puisi kulafaz
daripada bahasa kemanusiaan
seantero benua
seantero dunia
kembalikanlah aman
di rumah keinsanan
kembalikanlah kehidupan
di bumi kemanusiaan
dirgahayu, Rohingyaku!

Chai Loon Guan,
Daerah Muallim.