Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Saturday, May 30, 2015

Berita Nilam Perak dalam Pelita Bahasa Jun 2015


YB CLG - MEI 2015

Aktiviti YB CLG dalam genre bahasa dan susastera BM sepanjang bulan MEI 2015. Bahasa Jiwa Bangsa.

Thursday, May 28, 2015

KEHIDUPAN

29 Mei 2015, Jumaat:
Selamat tengah hari, Tg. Malim, Daerah Mu'alim.

KEHIDUPAN
pahitnya perjuangan
manisnya kejayaan
dalam kepahitan
ada manisnya
dalam kemanisan
ada pahitnya

demikianlah, lumrah
kehidupan

berpuncak berlembah!

Chai Loon Guan, Tg. Malim.

Seni Potret

28 Mei 2015, Khamis:
Selamat malam, Tg. Malim, Daerah Mu'alim.
Seni Potret (Warna Air) oleh Misulbu Atelier

Wacana Riwayat Tg. Malim



BERITA DEWAN BUDAYA
Wacana Riwayat Tanjong Malim
Atas tanggungjawab sosial, iltizam, sosiobudaya masyarakat dan buana keilmuan, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim telah mengambil daya usaha untuk menganjurkan Wacana Riwayat Tanjong Malim pada 21 Mei 2015 di Auditorium Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI.

Sebenarnya Tanjong Malim merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di selatan negeri Perak Darul Ridzuan bersempadan dengan Hulu Bernam, Selangor Darul Ehsan. Tanjong Malim teramat sinonim  akan institusi perguruan SITC yang menjadi mercu tanda utama pendidikan Melayu mulai 1922.

         
Nama Tanjong Malim kekal masyhur hingga kini, terutamanya dengan perkembangan SITC yang kemudiannya menjadi IPSI dan UPSI. Dengan usia perkembangannya hampir 100 tahun, Tanjong Malim menyimpan banyak fakta penting negeri Perak, terutamanya yang berkait dengan sejarah dan peranan cendekiawan Melayu dalam membangkitkan semangat nasionalisme. Atas kesedaran dan keperluan pendokumentasian bahan-bahan sejarah yang berkaitan, Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI telah menganjurkan Wacana Riwayat Tanjong Malim ini untuk dihayati dan ditelusuri oleh warga UPSI, masyarakat setempat dan generasi muda.

Wacana Riwayat Tanjong Malim diketuai oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Abdul Halim Ali (Budiman - UPSI) selaku moderator dan empat orang ahli panel yang terdiri daripada YBhg. Tn. Hj. Shafie Syed Mansor (mantan pensyarah MPSI), YBhg. Tn. Hj. Mazlan Osman (mantan pensyarah MPSI), YBhg. Dr. Hj. Zabidin Ismail (Presiden Karyawan Perak) dan YBhg. Dr. Ahmad Suhaimi Mohd Noor (mantan Dekan FSKIK, UPSI). Dirgahayu Tanjong Malim, Daerah Mu'alim!

Chai Loon Guan, Tg. Malim.

Wednesday, May 27, 2015

Surat Undangan DBP

28 MEI 2015, Khamis:
Penulis menerima surat undangan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Terima kasih, DBP. Bahasa Jiwa Bangsa.

APC 2014

27 MEI 2015, Rabu:
NOSTALGIA YANG TERTUNDA - APC 2014
Terima kasih Kementerian Pendidikan Malaysia, khususnya Cik Swee Fong Liew dan Panel Pemilih APC, PPD Batang Padang.

28 MEI 2015, Khamis:
Selamat pagi Tg. Malim, Daerah Mu'alim.
Dunia kerjaya seorang guru: 4 Januari 1982 - 1 Mac 2015
APC 2002, APC 2009, APC 2014 dan Pingat Penghormatan Guru Negeri Perak 2013.
Terima kasih, Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pendidikan Guru, MPIK, MPRM, IAB, IB, Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, DBP, ASWARA, ITBM, PENA, Institut Darul Ridzuan, Karyawan Pk, JPN Perak, BTPN, PPD Batang Padang, SMJK Katholik (Persendirian), Tg. Malim, SM Dato Bendahara CM Yusuf, Tg. Tualang, SMK Sungkai, Sungkai, SMK Slim, Slim River, dan SMK Methodist (MES - alma mater), Tg. Malim, Perak Darul Ridzuan. Bahasa Jiwa Bangsa.

Monday, May 25, 2015

Perhimpunan Bulanan JPN Perak

27 Mei 2015, Rabu:
Perhimpunan Bulanan JPN Perak di Atrium Gemilang JPN. Terima kasih, BTPN Perak Darul Ridzuan. Salam NILAM.

Sunday, May 24, 2015

Selamat Pagi, Cikgu!


25 Mei 2015, Isnin:
Selamat pagi, cikgu!
AWAN RESAH DI BUANA ILMU
Kebitaraan, kecemerlangan, keunggulan dan keberhasilan murid dan sekolah dalam bidang akademik, kokurikulum, kesahsiahan murid dan pembangunan prasarana sekolah banyak bergantung pada iltizam, permuafakatan, persefahaman, dan kerjasama akrab antara pihak sekolah dengan Lembaga Pengelola Sekolah, PIBG, Alumni dan masyarakat setempat bak kata pepatah Melayu bulat air oleh pembuluh, bulat kata oleh muafakat, bulat air oleh pembetung, bulat manusia oleh muafakat. Muafakat membawa berkat. Oleh itu, jauhilah sikap angkuh, prejudis, ego, dan takbur bagaikan enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Ingat, semangat berpasukan dalam satu pasukan amat diperlukan untuk merealisasikan PPPM (2013 - 2025)!
BAHASA JIWA BANGSA.

Hari Ibu Bapa 2015

Penulis bergambar kenangan dengan YB Datuk Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri, Malaysia dan YB Dato' Hjh. Rusnah bt. Kassim, Exco Kerajaan Perak merangkap ADUN Kawasan Behrang pada 23 Mei 2015 di Dewan Ku Kong Chow, Tg. Malim, Perak Darul Ridzuan bersempena dengan Majlis Makan Malam Sambutan Hari Ibu Bapa anjuran Wanita MCA Tg. Malim.

Saturday, May 23, 2015

Wajah Seorang Munsyi Dewan

Wajah Seorang Munsyi Dewan (Bahasa) - Forum Pendidikan Hari Guru Kebangsaan 2015 di Kolej Universiti Insaniah, Alor Setar, Kedah Darul Aman pada 15 Mei 2015. Guru: Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak. Bahasa Jiwa Bangsa.

MMM Hari Ibu Bapa Wanita MCA Tg. Malim 2015

Majlis Makan Malam Sambutan Hari Ibu Bapa 2015 anjuran Wanita MCA Bahagian Tg. Malim telah disempurnakan oleh YB Datuk Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri, Malaysia, pada 23 Mei 2015 di Dewan Ku Kong Chow, Tg. Malim. Yang turut hadir, YB Datuk Hjh. Rusnah bt. Kassim, Exco Kerajaan Negeri Perak merangkap ADUN Kawasan Behrang.

Friday, May 22, 2015

Program Pembangunan Pengkarya Guru Siri 3/2015

Selesai sudah tugas dan amanah sebagai pembimbing/pemudah cara bagi Program Pembangunan Pengkarya Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia Siri 3/2015 pada 21 - 24 Mei 2015 di Ibis Styles Kuala Lumpur Cheras. Penulis turut berpeluang untuk berbual bicara ringkas dan bergambar kenangan dengan Cik Lynn Rahman (Urus setia MBKM), YBhg. Dr. Halis Azhan Mohd Hanafiah (UPM - Penulis Novel Azfa Hanani T4) dan para pengkarya guru. Terima kasih, Majlis Buku Kebangsaan Malaysia. Bahasa Jiwa Bangsa.

Wednesday, May 20, 2015

Seni Kreatif Mural - 3D

Berita tentang karya seni kreatif mural, Chai Wuang Shen dan Ng Jian Yi (IPGM Pengkalan Chepa, Kelantan) di SRJK Chung Hwa, Kota Bharu, Kelantan, tersiar dalam akhbar harian Sin Chew Jit Poh. Tahniah dan syabas!

Tuesday, May 19, 2015

Prosa Klasik Komsas BM T1



Sinopsis
ASAL PADI

          Pada zaman dahulu, hidup sepasang suami isteri yang sangat kaya. Suami isteri itu mempunyai dua orang cahaya mata. Kedua-duanya anak lelaki. Malangnya, kedua-dua suami isteri itu telah meninggal dunia meninggalkan kedua-dua anak lelaki mereka yatim piatu. Yang sedihnya, semua ternakan dan harta peninggalan telah habis diambil orang jahat kecuali sebuah kolam ikan milik keluarga.
          Si Bongsu, anak sulung, sudah dewasa tetapi cacat. Kedua-dua tumitnya berlubang. Pada suatu hari, bertemulah Si Bongsu dengan tujuh orang wanita yang baru selesai mandi dan bersiap-siap untuk pulang. Si Bongsu meninggalkan bumi bersama-sama tujuh orang wanita ke kayangan.
          Di kayangan, Si Bongsu terlihat dan tertarik akan benda kuning yang berkilau-kilauan ditimpa sinar matahari, kononnya digelarnya sebagai emas. Empunya padi itu memberitahu Si Bongsu bahawa benda itu ialah padi, teramat enak dan berfaedah. Si Bongsu memohon sedikit padi untuk ditanam di bumi tetapi tidak dibenarkan dan dihalau oleh empunya padi tersebut. Si Bongsu hanya dibenarkan makan di kayangan sahaja. Memang lazat makanan yang aneh itu.
          Si Bongsu mencari akal agar ia dapat menyembunyikan benih tanaman itu sebelum turun ke bumi. Si Bongsu memasukkan segenggam padi yang sedang dijemur ke dalam mulutnya tetapi dapat dikesan oleh empunya padi beberapa langkah di tangga pelangi. Akhirnya Si Bongsu menjadi hamba empunya padi atas alasan kakinya terlalu sakit dan tidak dapat turun ke bumi. Tidak berapa lama kemudian, luka pada tumit Si Bongsu sembuh. Si Bongsu bertindak menyembunyikan butir-butir padi di dalam lubang luka pada tumit kakinya sebelum memohon izin untuk pulang ke bumi. Sebelum itu, Si Bongsu diperiksa dengan teliti. Akhirnya, sampai jugalah anak yatim piatu itu ke kampungnya di bumi dengan selamat.
          Si Bongsu menanam benih padi di ladangnya. Sebaik padi tumbuh di bumi, padi di kayangan tidak mahu menjadi. Padi kayangan itu berhasil dapat dicuri dan ditanam di bumi.  Orang kayangan mengutuskan burung pipit untuk membuat siasatan. Burung pipit membohongi orang kayangan kononnya bumi tidak ditumbuhi padi sedangkan paruhnya tampak putih, jelas menunjukkan pipit baru sahaja habis makan padi. Pipit dan Si Tekuri kembali ke bumi untuk menyiasat. Yang jelas, laporan Si Pipit tidak benar. Si Tekuri dan Si Pipit bertengkar dan berlaga. Kerongkong Si Pipit disepit keras-keras hanya temboloknya yang berputar ke arah tengkuknya. Demikianlah cerita asal mulanya padi ada dan tumbuh di bumi.

Monday, May 18, 2015

A FRIEND IS...

19 Mei 2015, Selasa:
Selamat tengah hari, Tg. Malim, Daerah Mu'alim.
A FRIEND IS...
 (dengan izin)

A push when you've stopped;
A word when you're lonely;
A guide when you're searching;
A smile when you're sad;
A song when you're glad.

Terima kasih.

Alumni MES Tg. Malim

18 MEI 2015, Isnin:
Selamat malam, cikgu!
Selamat Hari Guru. Guru: Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak.
Alumni MES Tg. Malim - YBhg. Prof. Dr. Yang Farina Abdul Aziz (UKM), YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Sharifudin Yusop (UPM), YBhg. Prof. Madya Dr. Sivamurugan Pandian (USM) dan penulis.

Sunday, May 17, 2015

Program Pengkarya Guru KPM Siri 3/2015

17 MEI 2015, Ahad:
Penulis diundang sebagai penceramah untuk menjayakan
Program Peningkatan Profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Pendidikan: Latihan Pengkarya Guru KPM Siri 3/2015. Terima kasih, Majlis Buku Kebangsaan Malaysia. Bahasa Jiwa Bangsa.

Saturday, May 16, 2015

Drama Cabaran BM PT3



Cabaran
(A.Ghafar Ibrahim)

Babak 1
Perbualan Yahya, Mariah, Firdaus, Hani, Zainal dan Husin tentang cabaran yang dihadapi pada masa sekarang, iaitu cabaran kemajuan ekonomi dan pelajaran. Kemunduran berpunca daripada sikap masyarakat yang suka membuang masa dan bersikap negatif. Zainal dianggap mementingkan diri. Perbincangan bertambah sengit apabila Zainal tidak mahu menerima pendapat orang lain.

Babak 2
Perbualan berlangsung antara Yahya dan Mariah tentang sikap masyarakat yang suka bertekak dan  berbual kosong. Mariah  mengatakan bahawa masyarakat kampung  miskin namun bercita-cita tinggi. Yahya mencadangkan agar masyarakat mencari jalan untuk mengumpul wang dan kemudiannya berniaga agar boleh menubuhkan yayasan. Hal ini dapat membantu anak-anak ke universiti.  Barisan Pembela Rakyat Desa ditubuhkan. Pertubuhan tersebut telah mengadakan  kelas pemimpin dan  berusaha menubuhkan Kedai Syarikat Kerjasama.

Babak 3
Hani menyatakan ketidakpuasan hatinya tentang sikap pemuda yang suka melepak. Firdaus menjelaskan bahawa masyarakat sendiri yang bersikap lemah dan beku. Hani mempersoalkan sikap pemuda yang tidak berubah ke  arah kebaikan. Firdaus pula menegaskan bahawa sikap kerjasama amat penting dalam masyarakat kampung yang kekurangan modal.

Babak 4
Babak ini mengimbas kembali sikap Yang Berhormat Encik Osman yang pandai menabur janji ketika berkempen bagi meraih undi.

Babak 5
Yahya berpendapat bahawa orang Melayu mesti  melibatkan diri dalam bidang perusahaan jika ingin maju. Pendapatnya disanggah oleh Zainal yang menjadikan penutupan Syarikat Kilang Padi sebagai bukti  orang Melayu belum layak melibatkan diri dalam bidang tersebut. Firdaus memaklumkan sebab sebenar penutupan kilang tersebut yang berpunca daripada penduduk yang gelap mata. Zainal menyindir rakan-rakannya yang bercita-cita besar. Namun Firdaus menegaskan bahawa orang Melayu tidak boleh lagi merendah diri jika tidak mahu ditindas pada suatu hari nanti. Dia mengajak masyarakat Melayu menjadi generasi yang progresif dan dinamis. Husin juga bersetuju dengan pandangan dan ajakan Firdaus bersandarkan contoh kepimpinan Nabi Muhammad.

Babak 6
Yahya gembira kerana rancangan mereka telah berjaya. Zainal akhirnya menyedari kekuatan permuafakatan.

Tema
Perubahan sikap dan pemikiran generasi muda dalam mencapai kemajuan. Firdaus dan Yahya mempunyai gagasan fikiran untuk membela nasib masyarakat kampung. Antara perubahan yang cuba diketengahkan adalah dengan menubuhkan barisan Pembela Rakyat Desa dengan harapan dapat membela masyarakat.

Persoalan
Penentangan arus perubahan. Persoalan ini dapat dilihat daripada watak Zainal yang sentiasa tidak mahu mengikut arus perkembangan.

Kepentingan berpegang pada janji. Perkara ini dapat dilihat dalam watak Yang Berhormat Encik Osman yang pandai menabur janji semasa berkempen untuk pilihan raya.

Kepentingan kejujuran dalam memegang amanah. Hal ini dapat dilihat melalui sikap orang-orang yang menggelapkan keuntungan syarikat sehingga kilang padi terpaksa ditutup.

Keperluan perubahan sikap dalam masyarakat. Perkara ini dapat dilihat dalam watak-watak seperti Yahya dan Firdaus yang mahukan perubahan dalam masyarakatnya. Contohnya Yahya telah menubuhkan barisan Pembela Rakyat untuk membantu rakyat desa.
(Sumber: BPK, KPM)

ASTRO AWANI

YBhg. Encik Chai Loon Guan, Munsyi Dewan, Mantan GC SMK Methodist (MES) Tg.Malim dan JU Nilam Negeri Perak bergambar kenangan dengan moderator Forum Pendidikan bersempena dengan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Kolej Universiti Insaniah, Alor Setar, Kedah Darul Aman, YBhg. Tn.Hj. Nadzari bin Kahar, Penerbit Eksekutif, Editor, Penyampai Astro AWANI. Selamat Hari Guru. Guru: Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak.

Friday, May 15, 2015

Forum Pendidikan Hari Guru Kebangsaan 2015

Antara ahli panel Forum Pendidikan bersempena dengan Perayaan Hari Guru peringkat kebangsaan kali ke-44/2015 pada 15 Mei 2015 di Dewan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Kolej Universiti Insaniah, Alor Star, Kedah Darul Aman, YBhg. Prof. Madya Dr. Nuraini bt. Yusoff, UUM, YBhg. Prof. Madya Dr. Sivamurugan Pandian, USM dan YBhg. Encik Chai Loon Guan, Munsyi Dewan, Mantan GC SMK Methodist (MES) Tg.Malim dan JU Nilam Negeri Perak. Moderator: YBhg. Tn.Hj. Nadzari bin Kahar, Penerbit Eksekutif, Editor, Penyampai Astro AWANI. Selamat Hari Guru. Guru: Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak.

Tuesday, May 12, 2015

Haiku - SEJARAH



Haiku I:
SEJARAH


putih merah
hitam sejarah
bisa 
melukakan kemanusiaan
bisa 
mendewasakan insan
di sarwajagat 
kehidupan!

Chai Loon Guan,
Tg. Malim.