Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Thursday, January 29, 2015

Sajak - GIGI


GIGI
satu persatu
gigiku
gugur
bersama usia
yang kian senja

gigi susu
gigi remaja
gigi dewasa
gigi tua
yang pernah setia
menjelajahi hidup
bersama suka
bersama duka
kehidupan

satu persatu
gigiku tewas
dalam pelarian waktu
meninggalkan aku
bersama gigi palsu
satu persatu
meratah pengalaman
mengunyah cabaran
yang berbaki
agar musafir ini
tidak kebuluran siang
kenyang
menjelang malam yang panjang!

Chai Loon Guan,
Klinik Gigi Sayang, Tg. Malim.

Wednesday, January 28, 2015

BM PT3 - Ulasan Bergambar



BM PT3 - Ulasan Bergambar
MUSIBAH BAH di PANTAI TIMUR

        Merujuk Kamus Dewan, bah bermaksud banjir atau air besar. Baru-baru ini, bencana bah telah melanda negeri-negeri di Pantai Timur, yakni Kelantan, Terengganu dan Pahang. Sebenarnya, bah berpunca daripada perubahan cuaca dunia, aktiviti pembalakan haram secara leluasa, pembangunan yang tidak mapan, dan pembuangan sampah-sarap. Yang jelas, bah bukan sahaja telah meragut nyawa penduduk  bahkan juga memusnahkan harta benda awam dan menimbulkan trauma, yakni terganggunya fikiran mangsa bah. Oleh itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang pembalakan, menjalankan pembangunan yang terancang dan menjayakan kempen pemuliharaan alam sekitar. Kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan untuk menangani bencana sekali gus membebaskan negara kita daripada musibah bah bak kata-kata hikmat cegah sebelum parah.

Tuesday, January 27, 2015

SEKOLAH dan PERSEKOLAHAN

27 JANUARI 2015, Selasa:
RENUNGAN menjelang petang hari di Tanjong Malim, Daerah Mu'alim.

Friday, January 23, 2015

Sajak - HIDUP



HIDUP

yang hidup
perlu makan
makan
untuk hidup
bukan hidup
untuk makan

barangkali, ada
yang hidup
cari makan
untuk hidup
barangkali, ada
yang hidup
curi makan
untuk hidup

yang penting
yang hidup
menginsafi halal haram hidup
hidup dalam kehidupan
kehidupan dalam hidup
sebelum dijemput pulang
ke rumah Tuhan
barangkali, benar
hanya jauhari mengenal manikam
di jagat raya kehidupan!

Chai Loon Guan,
Tg. Malim.

BENDERA PUTIH

PROMOSI:
Penulis dan Buku - BENDERA PUTIH (ITBM, 2015)
"Datang aku bukan untuk mencari seteru. Datang aku untuk memburu rezeki!"

Thursday, January 22, 2015

PBAKL 2015

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2015
Buku: Menjana Kepintaran Kreatif

Tuesday, January 20, 2015

Antologi Cerpen - BENDERA PUTIH

Antologi Cerpen Perseorangan Chai Loon Guan, "Bendera Putih" terbitan ITBM (2015) sudah berada di pasaran tempatan. Antologi tersebut berharga RM20.00 senaskhah. Selamat membaca. Terima kasih.

Monday, January 19, 2015

Alumni MES Grand Reunion 2014

Alumni MES (SMK Methodist, Tg. Malim) Grand Reunion - 6 Disember 2014 dalam akhbar Mingguan Malaysia pada hari ini, 18 Januari 2015.

PB dan DB Februari 2015

Ruangan Berita - Daerah Mu'alim Meraikan Bulan Bahasa Kebangsaan (Pelita Bahasa Februari 2015) dan Sajak - Ceritera Seorang Pendeta (Dewan Budaya Februari 2015). Terima kasih, Editor Kanan, Majalah Pelita Bahasa dan Dewan Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahasa Jiwa Bangsa.



Sunday, January 18, 2015

Seni Potret Digital LSF

Seni Potret Digital YBrs. Cik Liew Swee Fong, Pengetua, SMJK Ave Maria Convent, Ipoh, Perak Darul Ridzuan - mantan Pengetua, SMK Methodist, Tg. Malim, Perak Darul Ridzuan oleh Tuan Salleh Saad.

Saturday, January 17, 2015

Antologi Puisi Sejarah Tg. Malim - Daerah Mu'alim

Antologi Puisi Sejarah Tanjong Malim "Kenali Tokoh Perak Terpinggir tetapi Berjasa (Jilid 5, 2015) - Dari Tanjung Jambu ke Tanjong Malim: Bumi Mu'alim" diselenggarakan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Talib Samat, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tg. Malim. Harga senaskhah - RM39.00. Jika berminat, sila hubungi beliau: dr.talibsamat@yahoo.com atau nombor telefon 05-4582158. Terima kasih.

Tuesday, January 6, 2015

Sajak "IBU" dalam Antologi Gema Membelah Gema 17 - Gapena



IBU
usah
kautanya
makna
kecekalan
atau
kesabaran
pada siapa-siapa
usah
kautanya
makna
kesusahan
atau
keperitan
pada siapa-siapa
usah
kautanya
makna
kesakitan
atau
kehibaan
pada siapa-siapa
usah
kautanya
makna
kesetiaan
atau
keiltizaman
pada siapa-siapa

kecekalan dalam kesabaran
kesusahan dalam keperitan
kesakitan dalam kehibaan
kesetiaan dalam keiltizaman

bertanyalah kau
kepada IBU
bitara insan
di buana kemanusiaan
bitara insan
di buana keibuan!

Chai Loon Guan,
Klinik Obstetrik & Ginekologi, Hospital Selayang.

Terima Kasih, Cikgu!


Saturday, January 3, 2015

Cerpen - SIFU AH TI (Promosi)

PROMOSI:
Akhirnya, cerpen terbaharu saya, "SIFU AH TI" telah siap saya nukilkan sepenuhnya pada 3 JANUARI 2015. Jika segala-galanya berjalan dengan lancar dan seperti yang dijadualkan, akan saya e-melkan skrip cerpen itu kepada Editor Cerpen Mingguan Malaysia selepas tarikh 1 MAC 2015. Jika ada rezeki, nantikan penerbitannya dalam MINGGUAN MALAYSIA menjelang HARI GURU 2015.
(Ilustrator: Pak Rossem Sem)

Friday, January 2, 2015

Risalah Bahasa dan Susastera Karyawan Perak

Risalah Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk). Bahasa JIwa Bangsa.