Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Monday, November 16, 2015

Sajak - PARIS




PARIS

Paris basah
dengan air mata
darah
mengembalikan
sejarah jahiliah

Paris luka
dengan hiba derita
bergelimpangan nyawa
manusia
kemanusiaan pun berduka
keamanan pun ternoda

seperti Palestin - Bosnia Hezergovina
Vietnam - Afrika
Nagasaki - Hiroshima
atau catatan ngeri
11 September 2001
kudengar ratap tangismu, Paris
seusai matlamat menghalalkan cara
keganasan membunuh keinsanan
kehaiwanan membobrokkan ketamadunan
insan dalam kehidupan
kehidupan dalam insan
di buana sarwajagat tanpa sempadan!

Chai Loon Guan,
Daerah Muallim.

No comments: