Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Sunday, November 15, 2015

Sajak - Padah Musibah Jenayah



Padah Musibah Jenayah
(Sajak PMJ telah dideklamasikan bersempena dengan Karnival Kesedaran Keselamatan anjuran MMS MDTM dengan kerjasama PDRM pada 14 November 2015 di Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, Slim River)

usah kaubenarkan
benih jenayah
tumbuh subur
di kebun kehidupan

semaikan kewaspadaan
siap siaga
menangani kes
membanteras gejala
ragut curi
pecah amanah
rogol bunuh
jenayah siber
jenayah dera
tanpa kompromi
tanpa toleransi
cekap berani
telus tulus
demi keamanan
demi kesejahteraan
demi kemakmuran
nusa bangsa
yang tercinta
ayuh banteras jenayah
ayuh berantas jenayah
jenayah membawa padah
jenayah membawa musibah!

Chai Loon Guan,
BTPN Ipoh.

No comments: