Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Thursday, November 5, 2015

Khemah Membaca, Anugerah Tokoh Nilam dan PSS Cemerlang Negeri Perak 2015


BERITA NILAM untuk PELITA BAHASA
KHEMAH MEMBACA, ANUGERAH TOKOH NILAM dan PSS CEMERLANG NEGERI PERAK 2015
oleh Chai Loon Guan

            Khemah Membaca, Anugerah Tokoh Nilam dan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Negeri Perak 2015 telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca Negeri Perak, Jawatankuasa Kerja Majlis Anugerah Nilam dan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Negeri Perak dengan kerjasama intim Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak Darul Ridzuan dan Dewan Bahasa dan Pustaka, Wilayah Utara. Khemah Membaca, Pemilihan Tokoh Nilam dan PSS Cemerlang telah berjaya diadakan pada 02 - 05 November 2015 bermula di BTPN, Perak Darul Ridzuan dan kemuncak penganugerahannya telah berlangsung di Auditorium Utama, Bangunan Darul Ridzuan, SUK Negeri Perak Darul Ridzuan.

            Menurut Yang Berusaha Dr. Suhaimi bin Kadir, Ketua Penolong Pengarah, BTPN Perak Darul Ridzuan, antara objektif utama khemah membaca, penganugerahan Tokoh Nilam dan PSS Cemerlang adalah untuk:
a.          Memberikan pendedahan ilmu dan pengalaman tambahan di samping memupuk dorongan agar setiap Tokoh Nilam menjadikan amalan membaca sebagai amalan mulia sepanjang hayat.
b.   Memberikan pengiktirafan kepada calon Tokoh Nilam, Pusat Sumber Sekolah Cemerlang dan PPD di seluruh negeri Perak.
c.     Menobatkan Tokoh Nilam Negeri Perak dalam empat kategori utama, iaitu Kategori Bahasa Melayu (Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah) dan Kategori Bahasa Inggeris (Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah) sekali gus mewakili negeri Perak ke Pemilihan Tokoh Nilam peringkat kebangsaan pada tahun 2016.
 d.     Memberikan penghargaan kepada PPD dan sekolah yang telah berjaya mencungkil bakat dan kepemimpinan Tokoh Nilam Negeri Perak bermula dari peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. 
e.      Menjayakan program NILAM, iaitu Nadi Ilmu Amalan Membaca secara tersusun, kreatif dan berkesan selaras dengan matlamat Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), Kementerian Pendidikan Malaysia. 

Majlis Penganugerahan Tokoh Nilam, PSS Cemerlang, dan PPD Cemerlang Negeri Perak Darul Ridzuan telah disempurnakan dengan jayanya oleh YBhg. Tn. Haji Rozi bin Puteh Ismail, Pengarah Pendidikan Negeri Perak di Auditorium Utama, Bangunan Darul Ridzuan, SUK Negeri Perak Darul Ridzuan.

Adik Auni Qistina bt. Fadzil Maknon, SK Convent, Teluk Intan (PPD Hilir Perak) dan Adik Muhammad Shukrul Khair bin Abdul Sukor, SMK Gunung Rapat, Ipoh (PPD Kinta Utara) telah muncul sebagai Tokoh Nilam Kategori Bahasa Melayu Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Negeri Perak Darul Ridzuan. Adik Krithikha a/p Letchumi Ganthan, SK Tarcisian Convent, Ipoh (PPD Kinta Utara) dan Adik Muhammad Nazhrin bin Faisal Sabri, SMK Gunung Rapat, Ipoh (PPD Kinta Utara) pula telah dinobatkan sebagai Tokoh Nilam Kategori Bahasa Inggeris Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Negeri Perak Darul Ridzuan. 

Keempat-empat Tokoh Nilam Perak 2015 dijangka akan menghadiri latihan pusat dan latihan intensif (Tahap I dan Tahap II) di BTPN Perak sebelum bersiap siaga untuk mewakili Negeri Perak Darul Ridzuan ke Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Kebangsaan yang dijadualkan pada bulan April 2016.
Salam NILAM dan Bahasa Jiwa Bangsa.

Tokoh Nilam Perak Kategori BM (SM dan SR) 2015/2016
Tokoh Nilam Perak Kategori BI (SM dan SR) 2015/2016

No comments: