Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Monday, October 5, 2015

Terima kasih, Bahasa Melayu!

4 OKTOBER 2015, AHAD:
Tukang gunting, Gopal namanya. Asal dari India. Gopal mampu berbahasa Melayu selepas bekerja di Malaysia selama setahun. Kata Gopal, bahasa Melayu mudah dipelajari berbanding dengan bahasa Cina dan bahasa Tamil. Sebagai anak dagang di perantauan, dia perlu menguasai bahasa Melayu. Bahasa Melayu memudahkan Gopal berkomunikasi dengan penduduk tempatan, mencari seteguk air dan sesuap nasi kehidupan di Tg. Malim. Terima kasih, bahasa Melayu.

*Nama "Gopal" ciptaan penulis. Nama asal "Gopal" ialah Kumar. Terima kasih.

No comments: