Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Wednesday, October 7, 2015

KFC



KFC 
          KFC merupakan makanan segera yang dikenal sebagai 'Kentucky Fried Chicken'. Makanan segera ini sudah terkenal di seluruh dunia. Sebenarnya, restoran KFC menawarkan perkhidmatan menjual makanan segera seperti ayam goreng biasa, ayam goreng berempah, burger, kentang goreng, dan minuman ringan.
          Apabila terdengar akan jenama KFC, maka kita pasti akan teringat akan cogan kata KFC! Cogan kata KFC yang terkenal ialah "Linkin finger linkin good". Biasanya kita merayakan kejayaan, hari jadi atau hari-hari bahagia dan majlis-majlis tertentu bersama dengan orang yang tersayang di restoran KFC. Restoran KFC mempunyai cawangan di seluruh negara.  Restoran KFC menyediakan tempat untuk pelanggan menjamu selera dalam keadaan yang selesa, ceria dan berhawa dingin. Banyak pelanggan, yakni murid sekolah dan pelajar universiti sering memilih tempat ini sebagai destinasi penting untuk mereka mengulang kaji pelajaran dan berbincang sambil menjamu selera. Restoran KFC juga dilengkapi kemudahan atau prasarana Internet untuk kemudahan pelanggannya.
          Selain itu, restoran KFC juga menawarkan perkhidmatan bungkus bekal berdasarkan menu yang menjadi pilihan para pelanggannya. Sos dan surat khabar juga disediakan untuk kemudahan para pelanggan. Yang jelas, perkhidmatan yang ditawarkan di restoran tersebut bersifat mesra pelanggan, selesa dan menyenangkan para pelanggan yang terdiri daripada pelanggan yang berbilang kaum dan agama.
          Makanan segera KFC sememangnya makanan yang sedap dan digemari oleh masyarakat Malaysia tanpa mengenal usia, latar belakang dan kedudukan. Yang penting, kita jangan terlalu kerap makan makanan ringan KFC sebaliknya perlulah kita mengamalkan permakanan yang seimbang menurut piramid makanan seperti yang diajarkan oleh guru dalam Pendidikan Kesihatan di sekolah. Marilah kita menikmati makanan segera KFC sambil bersenam atau beriadah demi kesihatan dan kesejahteraan hidup kita. Sesungguhnya, otak yang cerdas berada pada badan yang cergas.
Hasil usaha:
Lai Chun Kit, Tingkatan 1H, SMJK Kathoilik, Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.



No comments: