Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Monday, August 10, 2015

LADAP di SMK KHIR JOHARI, Tg. Malim



PROGRAM "PEMANTAPAN PROFESIONALISME GURU-GURU: PENULISAN MINIT MESYUARAT DAN KERTAS KERJA"

            Unit Pengajian Prauniversiti, SMK Khir Johari, Tg. Malim dengan kerjasama Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran, Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia telah berjaya menganjurkan program "Pemantapan Profesionalisme Guru-Guru: Penulisan Minit Mesyuarat dan Kertas Kerja" pada 8 Ogos 2015 di Bilik Komputer, SMK Khir Johari, Tg. Malim.

            Program yang diadakan di Tanjong Malim, Daerah Mu'alim, Perak Darul Ridzuan ini turut disertai oleh guru-guru, staf sokongan dan pemimpin murid prauniversiti (Tingkatan 6) bertujuan untuk memantapkan profesionalisme para peserta dalam bidang penulisan minit mesyuarat dan kertas kerja di samping menyebarluaskan penggunaan bahasa Melayu yang baku dalam wacana penulisan bahasa dan susastera kebangsaan.

            Kedua-dua sesi program tersebut telah berjaya dikendalikan oleh Encik Chai Loon Guan, Munsyi Dewan (Bahasa) dan mantan Guru Cemerlang Bahasa Melayu. Selain sesi ceramah penulisan, tayangan klip video papan-papan tanda premis perniagaan dan bual bicara tentang isu-isu kesalahan tatabahasa Bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat, khususnya penggunaan bahasa Melayu di papan-papan tanda kedai atau premis tempatan. Yang jelas, kursus seumpama ini bukan sahaja dapat mengukuhkan dan memantapkan aspek ketatabahasaan bahasa Melayu para peserta tetapi juga berperanan untuk melestarikan penggunaan bahasa Melayu yang persis dalam kalangan masyarakat. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul. Salam Bahasa Jiwa Bangsa.

No comments: