Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Wednesday, July 1, 2015

Cerpen BM Tingkatan 1 - HADIAH



Cerpen BM Tingkatan 1 - HADIAH
oleh Tie Camar

Sinopsis
          Hari Guru kian menjelang. Semua sahabat Azizah bercerita tentang hadiah masing-masing kepada guru kesayangan mereka. Rahimah ingin menghadiahi Cikgu Khalid bunga di dalam kotak plastik. Zaiton ingin menghadiahkan novel Shahnon Ahmad kekpada Cikgu Faridah. Hamidah pula, pasu bunga untuk Cikgu Azimah. Aliza, kain tenun sutera untuk Cikgu Azimah. Cikgu Azimah guru kesayangan mereka. Rashid akan menyuruh Abang Rahim membuat model masjid daripada kayu-kayu yang bermutu tinggi untuk dihadiahkan kekpada Cikgu Firdaus. Hashim, sehelai tuala muka untuk Ustazah Salma dan Marina pula akan menghadiahi Cikgu Leong, termos.

          Azizah terdiam memikirkan hadiah untuk Cikgu Zaleha. Fikirannya buntu. Keluarganya miskin. Ayahnya penarik beca. Ibunya, cacat, sekadar mengambil upah menganyam tikar mengkuang. Duit tabung arnab Azizah tinggal seringgit lapan puluh sen. Azizah cuba meminta wang biaya daripada ibu bapanya. Malangnya, kedua-dua sudah ketiadaan wang lebih melainkan wang hutang kedai Tong Seng yang perlu dibayar dan yuran pengajian Abang Azman di Universiti Teknologi Mara.

          Sebenarnya, Cikgu Zaleha tidak mengharapkan hadiah daripada Azizah kecuali kejayaan cemerlangnya dalam UPSR nanti. Akhirnya, keresahan Azizah menjelang Hari Guru dapat diatas. Ibunya telah mencadangkan agar Azizah menganyam raga, bakul atau tudung saji kecil buat hiasan di dalam rumah lebih-lebih lagi Azizah mewarisi bakat dan tunjuk ajar seni daripada ibunya.

          Jadi, Azizah akan menghadiahi Cikgu Zaleha enam tudung saji hiasan meja dalam empat warna. Hadiah Hari Guru daripada seorang murid miskin kepada guru kesayangannya, Cikgu Zaleha. Rupa-rupanya, Cikgu Zaleha mengharapkan hadiah yang lebih besar daripada Azizah, iaitu Hadiah Johan (peringkat daerah), Naib Johan (peringkat negeri) dan Hadiah Kategori Karya Inovatif (peringkat kebangsaan) kerana Azizah telah berjaya menghasilkan Tudung Saji 20 Beradik. Cikgu Zaleha pula memenangi Kategori Guru Inovatif pada Hari Guru peringkat daerah. Kejayaan Azizah berkat usaha gigih dan kerajinannya menyahut cabaran Cikgu Zaleha (motivator) sekali gus merupakan hadiah besar bagi Cikgu Zaleha.

Tema:
Kegigihan, kecekalan dan penghormatan murid kepada guru.

Persoalan:
a. Penghargaan murid terhadap jasa iltizam guru.
b. Kemiskinan tidak menghalang seseorang itu menempa kejayaan.
c. Kata-kata semangat dan bimbingan ibu bapa penting dalam menyokong anak-anak   untuk berjaya.
d. Guru berperanan besar dalam mengembangkan potensi diri murid.
e. Seni kraf tangan bangsa perlu dihargai dan diwarisi zaman-berzaman.

Kosa Kata

Bil.
Kosa Kata
Makna
01.
Menjelma
Lahir, masuk ke dalam, muncul
02.
Mengorak
Menguraikan, mengungkai, membuka
03.
Mandat
Amanah yang diberikan oleh orang ramai atau sesuatu kumpulan kepada wakil mereka untuk mengemukakan pendapat, memajukan permintaan
04.
Model
Ragam, cara, fesyen, jenis dan reka bentuk tertentu sesuatu barang yang dikeluarkan, barang tiruan yang sama bentuk dan rupanya seperti yang asal tetapi lebih kecil, peragawan atau peragawati, seseorang atau sesuatu yang dapat dijadikan contoh untuk ditiru atau diteladani.
05.
Menganyam
Menyalin silang-menyilang, memintal, mendandan
06.
Mengkuang
Tumbuhan yang daunnya dibuat tikar, bengkuang, pandan duri
07.
Menggelengkan
Menggoyangkan kepala tanda tidak setuju
08.
Mengangguk
Menggerakkan kepala ke bawah tanda menyetujui, mengerti atu memaklumi kata-kata seseorang
09.
Mustahil
Tidak boleh jadi, tidak mungkin, tidak masuk akal
10.
Termos
Balang untuk menyimpan minuman supaya tetap sejuk (panas)
11.
Mengunyah
Melumatkan makanan dalam mulut dengan gigi sebelum menelannya, memikirkan baik-baik, meneliti, memakan, menelan
12.
Memujuk
Memakai kata-kata manis dengan tujuan hendak memikat hati
13.
Menyuakan
Menyogokkan, memberikan, menyodorkan, menghulurkan (tangan)
14.
Menambat
Mengikat dengan tali  pada pancang (tiang), memikat, menawan, menarik (hati)
15.
Inovatif
Merupakan (bersifat) inovasi

Chai Loon Guan, Munsyi  Dewan (Bahasa), DBP, Kuala Lumpur.

Sumber:
Antologi Kuingin Berterima Kasih, DBP, Kuala Lumpur: 2014.
Modul Menguasai PT3 Komsas BM Tingkatan Satu, Sasbadi Sdn. Bhd., Petaling Jaya: 2015.
Kamus Dewan Edisi Keempat, DBP, Kuala Lumpur: 2007

2 comments:

Syazwan Jacob said...

doakan saya mendapat "A" dlm peperiksaan akhir tahun . Pada esok hari.

Syazwan Jacob said...

tolong yee