Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Friday, July 3, 2015

Antara Kenalan dengan Keluarga...



Notelun Catatan Harian:
ANTARA KENALAN dengan KELUARGA...

        Dalam melayari bahtera di samudera kehidupan, manusia yang sudah kita kenali (sama ada kenalan yang rapat atau musuh/seteru yang dekat) akan memudahkan kita agar senantiasa berwaspada untuk menghadapi rempah ratus duga dan bencana daripada kenalan yang baru kita kenali (melalui laman sosial seperti Facebook, Wechat, WhatsApp, LINE, E-mel dsb.) atau yang masih belum kita kenali langsung.

        Barangkali, ada benarnya, yakni belum tentu yang baru (kenalan baharu) atau yang masih belum kita kenali, licik bersandiwara, pemanipulasi, bijak mengambil kesempatan atau berniat jahat tetapi lumrahnya berdasarkan notelun sejarah kehidupan dan pengalaman hidup insan, adalah lebih baik kita dipertemukan oleh insan yang sudah kita kenali (sama ada kenalan yang rapat atau musuh/seteru yang dekat) agar kesiapsiagaan dan kewaspadaan diri dan keluarga kita senantiasa terpelihara daripada virus kecuaian, kealpaan atau keterlanjuran yang bakal memporak-perandakan keharmonian, kerukunan dan kebahagiaan diri, keluarga dan kehidupan. Yang jelas, institusi keluarga yang unggul lebih mustahak daripada kenalan jauh atau dekat (rambut sama hitam, hati masing-masing berlainan melainkan kenalan yang benar-benar sehati sejiwa, seiring sejalan) kerana keluarga merupakan asas pembinaan sebuah negara bangsa yang aman, makmur dan berjaya.

        Awas, jangan kita biarkan nasi (sudah) menjadi bubur, atau bersikap sudah terhantuk, baru terngadah ataupun membiarkan pisang berbuah dua kali (sepatutnya pisang tidak berbuah dua kali). Yang pasti, pada ketika itu, segala-galanya sudah terlambat bak kata bidalan Melayu sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
MAAF ZAHIR dan BATIN.

·        CLG, Tg. Malim - 4 Julai 2015

No comments: