Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Thursday, June 11, 2015

KEMBARA 8 - 10 JUN 2015

Sajak - REL KEHIDUPAN
Seperti sang pengembarakah, aku, menjejaki dan menelusuri rel kehidupan yang panjang, di sarwajagat-Nya? Sesekali, sebagai penumpang yang reda, perlu aku singgah berhadapan duga luka lara, perlu berhijrah aku untuk meninggalkan rempah ratus silam yang ruwet, menyahlupuskan noda dosa barangkali, sebelum tiba destinasinya memeluk aku penuh rindu, akrab, aman lestari di sisi-Nya!
Chai Loon Guan,
ETS Tg. Malim - Sentral Kuala Lumpur.

No comments: