Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Wednesday, June 17, 2015

HARI IBU



Hari Ibu

          Ibu merupakan insan mulia yang telah membawa kita ke alam kehidupan di dunia sarwajagat ini. Sebenarnya, ibu telah banyak berkorban kepada keluarga, khususnya anak-anak. Dialah yang telah mendidik dan membesarkan kita daripada seorang bayi sehingga kita meningkat dewasa. Oleh itu, kita merayakan Hari Ibu pada setiap  tahun.

          Hari Ibu diraikan bertujuan untuk kita mengingatkan jasa pengorbanan seorang ibu kepada keluarganya. Jadi, setiap 10 Mei saban tahun, hari tersebut diraikan oleh keluarga sebagai tanda penghormatan kepada ibu. Selain kita meraikan ibu di rumah, Hari Ibu turut kita meriahkan di restoran bersertakan jamuan makan malam, upacara pemberian cenderamata dan ucapan dirgahayu agar ibu yang kita kasihi dilanjutkan usia dan sihat sejahtera hendaknya.

          Keluarga saya merayakan Hari Ibu di sebuah restoran yang terkenal di Kuala Lumpur. Saya dan adik telah membelikan ibu sebuah hadiah yang istimewa, iaitu seutas rantai emas untuk dihadiahkan kepada ibu kami yang tercinta. Yang jelas, perayaan Hari Ibu amat bermakna kepada kita semua. Oleh itu, sebagai anak, kita haruslah menghargai jasa dan pengorbanan seorang ibu kepada kita selagi hayat dikandung badan.

LEE JIA ZEN, Tingkatan 1H, SMJK Katholik, Tg. Malim, Perak Darul Ridzuan.

No comments: