Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Thursday, May 28, 2015

Wacana Riwayat Tg. Malim



BERITA DEWAN BUDAYA
Wacana Riwayat Tanjong Malim
Atas tanggungjawab sosial, iltizam, sosiobudaya masyarakat dan buana keilmuan, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim telah mengambil daya usaha untuk menganjurkan Wacana Riwayat Tanjong Malim pada 21 Mei 2015 di Auditorium Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI.

Sebenarnya Tanjong Malim merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di selatan negeri Perak Darul Ridzuan bersempadan dengan Hulu Bernam, Selangor Darul Ehsan. Tanjong Malim teramat sinonim  akan institusi perguruan SITC yang menjadi mercu tanda utama pendidikan Melayu mulai 1922.

         
Nama Tanjong Malim kekal masyhur hingga kini, terutamanya dengan perkembangan SITC yang kemudiannya menjadi IPSI dan UPSI. Dengan usia perkembangannya hampir 100 tahun, Tanjong Malim menyimpan banyak fakta penting negeri Perak, terutamanya yang berkait dengan sejarah dan peranan cendekiawan Melayu dalam membangkitkan semangat nasionalisme. Atas kesedaran dan keperluan pendokumentasian bahan-bahan sejarah yang berkaitan, Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI telah menganjurkan Wacana Riwayat Tanjong Malim ini untuk dihayati dan ditelusuri oleh warga UPSI, masyarakat setempat dan generasi muda.

Wacana Riwayat Tanjong Malim diketuai oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Abdul Halim Ali (Budiman - UPSI) selaku moderator dan empat orang ahli panel yang terdiri daripada YBhg. Tn. Hj. Shafie Syed Mansor (mantan pensyarah MPSI), YBhg. Tn. Hj. Mazlan Osman (mantan pensyarah MPSI), YBhg. Dr. Hj. Zabidin Ismail (Presiden Karyawan Perak) dan YBhg. Dr. Ahmad Suhaimi Mohd Noor (mantan Dekan FSKIK, UPSI). Dirgahayu Tanjong Malim, Daerah Mu'alim!

Chai Loon Guan, Tg. Malim.

No comments: