Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Tuesday, May 5, 2015

Sajak - Dirgahayu Tuanku, Daulat Tuanku

DAULAT TUANKU

Sajak -
DIRGAHAYU
DYMM PADUKA SERI SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH AL-MAGHFURLAH
(bersempena dengan Hari Pertabalan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada 6 Mei 2015)

DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin
diputerakan pada 27 November 1956
di George Town, Pulau Pinang
putera sulung
Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah
dan Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali
berkelulusan Kolej Melayu Kuala Kangsar
Universiti Oxford, England (1979)
Universiti Harvard, Amerika Syarikat (1984)
Ijazah Doktor Falsafah
Politik, Ekonomi dan Kerajaan
Universiti Harvard, Amerika Syarikat

DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin
putera berjiwa rakyat
aktif dalam program amal
dan kemasyarakatan
penyelidik ekonomi dan politik
Nusantara
duta negara
pemakalah berwibawa antarabangsa
putera raja berilmu tinggi
Pro-Canselor Universiti Malaya
cendekiawan
prihatin
akan bangsa
prihatin
akan agama
prihatin
akan nusa
yang tercinta
disenangi rakyat
kota metropolitan
dikasihi rakyat
desa pedalaman
watan

DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin
berumah tangga dengan
DYMM Tuanku Zara Salim Davidson
di Istana Iskandariah, Bukit Chandan,
17 Mei 2007
baginda dikurniai
putera, YM Raja Azlan Muzaffar Shah
puteri, YM Raja Nazira Safya Shah
Cif Kolonel, baginda
Rejimen Askar Jurutera DiRaja
Brigedier Jeneral
Angkatan Tentera Malaysia

DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin
dimasyhurkan sebagai
YM Raja Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
(27 November 1956 - 16 Februari 1984)
YTM Raja Kechil Besar
(16 Februari 1984 - 15 April 1987)
DYTM Raja Muda Perak
(15 April 1987 - 25 April 1989)
DYMM Pemangku Raja Perak
(26 April 1989 - 25 April 1994)
DYTM Raja Muda Perak
(25 April 1994 - 27 Januari 2008)
DYMM Pemangku Raja Perak
(27 Januari 2008 - 29 Mei 2014)
DYMM Sultan Perak Darul Ridzuan,
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
(29 Mei 2014)

merafak sembah
Dirgahayu Tuanku
Dirgahayu Tuanku
Dirgahayu Tuanku

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah,
Sultan, Yang di-Pertuan Negara dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan dan Jajahan Takluknya, D.K., D.K. II (Selangor), D.K.S.A, S.P.C.M, S.P.T.S, S.P.M.P. (Perlis), Ph.D (Harvard), MPA (Harvard), D.M.N.

bersemayam di takhta singgahsana
Negeri Perak Darul Ridzuan
dengan segala kemuliaan
dan kebesaran

Daulat Tuanku
Daulat Tuanku
Daulat Tuanku

Chai Loon Guan,
Tg. Malim, Daerah Mu'alim.
28 April 2015

No comments: