Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009
Penulis (Guru Cemerlang BM dan Munsyi Dewan) menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 daripada YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 30 November 2010.

Friday, May 8, 2015

Cerpen IDOLA (Zaen Kasturi)



TEMA
Kekeliruan hidup antara fantasi dan realiti, iaitu antara pementasan sandiwara dengan kehidupan sebenar.

PERSOALAN
Persoalan kesempitan hidup dan kemiskinan kerana pendapatan yang rendah. Si penjaga panggung dan keluarganya hanya mampu tinggal di sebuah rumah kecil. Persoalan suka berkhayal untuk menjadi seperti idola. Si penjaga panggung sentiasa berangan-angan menjadi hero. Persoalan kejujuran memberikan pengertian kehidupan yang sebenar. Hero meminta si penjaga panggung kembali pada diri sendiri kerana kehidupan sebenar lebih menuntut perjuangan. Persoalan kesedaran diri untuk mengubah nasib diri. Isteri Si penjaga panggung cuba menyedarkan suaminya bahawa pentas sandiwara tidak sama dengan pentas kehidupan sebenarnya.

PLOT
Secara keseluruhannya, plot cerpen ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot, iaitu:

Permulaan
            Pembaca diperkenalkan dengan watak penjaga panggung yang tinggal seorang diri setelah panggung kosong dan akan menyusun kerusi-kerusi yang ditinggalkan begitu sahaja oleh orang sebelum panggung dibuka, datang berbondong-bondong dari segenap penjuru kota sedangkan ketika itu jam sudah menunjukkan jam dua belas tengah malam.

Perkembangan
Pada bahagian ini, watak penjaga panggung memerhatikan gerak-geri hero sepanjang pementasan dan berangan-angan menjadi watak hero. Sambil bekerja selepas pementasan tamat dia terkenang akan isteri dan sepuluh orang anaknya yang tinggal di rumah kecil kawasan setinggan.
Dia juga memikirkan nasib diri yang masih belum berubah sehinggakan isterinya mula mempersoalkan pekerjaannya kini yang belum mampu membawa sebarang perubahan walaupun anak lelakinya sudah menjelang remaja.

Konflik
Pada peringkat ini, watak penjaga panggung datang ke panggung pada suatu petang walaupun tidak bertugas waktu itu kerana terlalu ingin bertemu dengan watak hero yang menjadi idolanya selama ini. Penjaga panggung berjabat salam dan berdialog serta memuji lakonan hero. Hero telah menyambut pujian dengan menyatakan lakonannya bukan gambaran sebenar kehidupannya dan meminta penjaga panggung kembali menjalankan tugasnya dan menerima kenyataan hidup walaupun mengetahui penjaga panggung amat teringin menjadi seperti hero.

Klimaks
Pada tahap ini watak penjaga panggung yang bertugas pada waktu malam selepas pementasan tamat seperti tidak ada kemahuan menyusun kerusi-kerusi seperti biasa kerana dia teringat akan kata-kata hero pada waktu siang semasa mereka bercakap yang sekali gus membuatkan dia berfikir tentang kekuatan dirinya sendiri.

Peleraian
Penjaga panggung telah bertindak melemparkan kerusi-kerusi panggung ke dinding sebagai tanda melepaskan amarah dan rasa bersalah yang terpendam dalam dirinya.
·         Chai Loon Guan, Munsyi Dewan Bahasa, DBP.

No comments: